Thursday, June 26, 2008

Budaya 3 monyet sakti

Pernahkah anda melihat patung tiga monyet sakti orang2 Buddha ? Monyet pertama menutup mulutnya, monyet kedua menutup telinganya,dan monyaet ketiga menutup matanya.Setiap monyet mempunyai nasihat kapada manusia,dan walaupun mereka tak dapat bertutur dalam bahasa manusia, mengunakan isyarat tanggan pun memadai untok di faham oleh manusia.
Nasihat monyet pertama bermaana..."Jangan bercakap perkara2 yang tidak baik".Nasihat monyet kedua..."Jangan mendengar perkara2 yang tidak baik". Dan nasihat monyet ketiga..."Jangan melihat perkara2 yang tidak baik". Secara keselurohan nasihat nya ia lah ..."Jangan buat perkara2 tidak baik".
Kesemua agama mengajar yang sama dalam bahasa yang berlainan dan budaya 3 monyet ini adalah asas semua agama Tuhan.Tetapi malangnya di zaman ini budaya ini di terbalikkan.

Seorang Pemimpin di tanya oleh seorang wartawan, "Tidakkah korupsi namanya jika anak dan menantu tuan berniaga dengan Kerajaan yang awak pimpin ?"
Jawab pemimpin itu , "Oh mereka tidak berniaga dengan kerajaan saya.Mereka meniaga dengan company luar negara. Jika mereka tidak beniaga mereka nak buat apa ?".Jika perkara itu benar kita terima tetapi ia nya satu pembohongan. Jika pembohongan berlaku bermaana,pemimpin itu tidak amalkan budaya 3 monyet,malah budaya itu sudah di terbalikkan.Budaya yang di pakai adalah budaya 3 monyat yang buka mulut,telingga dan mata pada perkara2 yang tidak baik.Nyata kita dapat lihat bahawa pemimpin itu telah tidak bercakap benar,tidak mendengar kebaikkan dan tidak nampak keburokkan gejala korupsi.Budaya yang tidak baik (korupsi) telah di anggap baik bagi pemimpin2 kita.
Itu pemimpin kita. Jika pemimpin kencing berdiri rakyat akan kencing berlari lah.Ramai juga rakyat yang berpendapat korupsi itu dibolehkan. Nilai2 murni yang di bawa oleh 3 monyet sakti itu sudah tak di terbalekkan.

Bila agaknya orang yang soleh akan gulingkan Yahudi Melayu yang berTuhankan duit ... seperti yang di janji Allah ?Kita ni di Malaysia maseh tak cukup korum/majority orang2 soleh agak nya, sebab itu kita di perintah oleh pemimpin haparak.

Tuesday, June 24, 2008

"Ada klas" dan "no klas"

Kita baru saja cakap pasal klas struggle oleh "the haves" dengan "the have nots", yang kaya lawan yang miskin dan sebaliknya, megikut Karl Marx, "the other prophet of ekonomics and politics".
Tapi ada satu lagi klas struggle mengikut vokabulari P Ramli. Klas struggle ini ia lah antara golongan "ada klas" dan "no klas".
Melihat dari segi agama, persepsi adalah bahawa orang yang beragama "ada klas"...boleh masuk syurga dan orang yang tak beragama itu "no klas" dan tak boleh masuk syurga.Persepsi ini sama bagi orang2 Kristian, Islam dan agama2 lain. Sepatutnya orang yang "ada klas" ini jadi pemimpin. Tapi malangnya, rata2 golongan agama yang "ada klas" ini seolah2 tidak berkuasa membuat perobahan politik dan juga sosiology. Pemimpin2 di negara mereka makin rakus di lihat merompak duit rakyat dan hasil bumi negara."The haves" memiskinkan "the have nots" Agama dan agamawan di lihat tidak dapat meyelesaikan masaalah semasa ini. Sebab itu Karl Marx berkata "Agama adalah dadah bagi rakyat."Agamawan tak dapat ubah keadaan yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin. Karl Marx dan pengikut agama ekonominya berjaya selesaikan masaalah ekonomi Kapitalis yang mana orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin. Perjuangan Karl Marx mirip perjuangan Robin Hood, mengambil tanah dan harta dari orang kaya dan memberinya kapada yang miskin.Rakyat pun bergembira dengan keadaan politik dan ekonomi itu.

Tapi itu jalan Karl Marx dan Communism/Socialism.
Bagaimana pula dengan jalan orang Islam, jalan orang "ada klas", yang dapat masuk syurga ?Karl Marx dan pengikutnya tak dapat masuk syurga. Mereka "no klas". Tapi rakyat negara orang "no klas" ini sudah gulingkan Raja zalim mereka,sedangkan negara orang2 "ada klas" ini maseh di pimpin oleh pemimpin2 yang zalimi orang miskin. Negara2 orang "no klas" ini, contoh nya, Russia dan Cina di lihat makin maju dari segi sains dan teknology.

Bila agaknya orang "ada klas "/Muslim akan memerintah agak nya ? Kenapa agaknya mereka tercorot dari segi sains dan teknology? Kenapa Muslim sekarang tidak maju dan pintar macam Muslim2 dulu ? Di mana silapnya Muslim sekarang ini ?

Begitulah kita ini, maseh dengan klas2 kita.
Klas hari ini pun tamat setakat ni aje ya !

Sunday, June 22, 2008

Nationalise atau Privatise

Malaysia selepas Merdeka dari British mempunyai institusi national seperti Hospital, Jabatan Post, Jabatan Pendidikan, Jabatan Ayer, Jabatan Letrik dan lain.Jabatan2 ini semua nya memberi khidmat kepada rakyat dengan murah dan baik.Tetapi zaman ini Institusi ini kebanyakannya di swastakan. Alasan yang kerajaan beri adalah ia nya lebeh produktif. Malamgnya produktivity tidak tercapai dan harga khidmat menjadi lebeh mahal. Contohnya , Hospital, Jabatan Post, M.A.S, Jabatan Ayer dan Jabatan Letrik.

Cuba kita fikir secara kritis. Apakah ada udang di sebalek batu tindakan Kerajaan menswastakan Jabata2 itu ?
Bila minyak di swastakan, tidak kah minyak itu mejadi hak Petronas. Bila ayer di swasta kan , tidakkan ayer itu menjadi hak Company yang di swastakan. Tidakkah asset rakyat menjadi asset Company swasta.Perbuatan menswastakan asset Negara memiskinkan Negar dan memperkayakan individu. Biasanya penswastaan di beri kapada kroni Kerajaan. Jadi keuntongan Petronas umpamanya di perolehi oleh kroni2 Kerajaan. Kroni2 ini pula akan agehkan keuntonga kapada pemimpin2 yang memerintah.
Maka jelas bahawa pengswastaan Institusi2 National adalah cara korupsi terkini.
Banyak sudah Company2 Kerajaan,umpamanya ladang kelapa sawit kepunyaan negeri yang maju telah di jual kapada kroni2 supaya kekayaan/keuntongan Company itu dapat di bolot oleh pemerintah melalui kroni2 mereka. Keadaan yang serupa berlaku pada Company2 Ayer, Letrik dan lain2.

Apakah rakyat akan membiar keadaan ini berlaku tanpa ada sebarang "nahi mungkar" atau pencegahan?
Bertindaklah wahai rakyat yang berfikir !
Jangan biar diri kita, anak dan cucu cicit kita di tipu oleh kerajaan kita. Kita mesti lebeh proaktif dalam politik Malaysia.Jadi lah orang yang pandai ! Mari kita ubah haluan politik negara kita.

Saturday, June 21, 2008

Revolusi dan Class Struggle.

Keiklasan sesaorang pemimpin itu terletak kapada niat untok membela rakyat kesemuanya ataupunmembela kroni2 dan dirinya sendiri.Sesaorang pemimpin di nilai dari falsafat ekonomi nya. Jika Rasullah di nilai dari ekonomi tanpa riba dan bersifat kasehan kapada rakyat miskin,maka pemimpin Muslin/Islam pun sepatut nya mempunyai falsafah ekonomi yang mirip ekonomi Rasullallah s.a.w.Rasullallalah boleh di katakan telah membawa agama dan juga ekonomi baru dan beliu boleh juga di katakan seorang Revolusionary.Beliau membawa cocept sadakah yakni mesra pada orang2 miskin,concept duit tanpa riba dan pemerintahan tidak berklas,yakni tanpa Raja dan tanpa hamba.
Karl Marx pernah berkata bahawa politik itu ekonomi dan ekonomi itu adalah politik.Dia juga berkata bahawa dunia politik sentiasa bergolakan antara klas (class struggle). Raja2 dan pemimpin klas atasa akan memerangi rakyat klas bawah.Ini akan berlanjutan hingga rakyat klas bawah akan kehilangan kesemua tanah dan harta nya.Bila ini terjadi rakyat klas bawah akan memberontak dan singkirkan klas atasa, dan mereka akan pimpin Negara tanpa berklas.Malang nya pemimpin2 di hinggap tamak dan keadaan ekonomi bertukar semula kapada ekonomi Kapilaisma,yakni pemerintahas klas atasan.

Adalah menjadi tanggung jawab rakyat miskin untok bertindak mengikut keadaan,sama ada mereka tertindas atau tidak oleh pemerinta mereka.Klas struggle akan berlaku tetapi tidak semestinya berpandukan Comunisisma.Kita boleh berpandukan Iran dan negara2 Barat yang mengamalkan Welfare State.
Jadi mari kita berfikir sejenak dan mengutarakan soalan yang relevan di zaman ini di negara Malaysia.
1) Adakah ekonomi kita ekonomi Islam yang tanpa riba dan mesra rakyat mislin ?
2) Adakah ekonomi Negara kita ekonomi tamak (Kapitakisma) di mana pemimpin memperkayakan diri sendiri drngan memiskinkan rakyat ?
3) Adakah sudah sampai masa untok revolusi rakyat ?