Saturday, August 30, 2008

Nasihat untok PAS.

PAS sebenarnya berpotensi menganti UMNO sebagai parti yang meminpin dan bukan sekadar di pimpin.Negeri yang di kira mudah untok PAS memerintah seperti Trengganu, Johore,dan Pahang yang majority Melayu sepatutnya di perintah oleh PAS
Kelemahan parti PAS di tempat2 ini melahirkan tanda tanya.
1) Jika PAS tidak dapat membuat inroad di negeri majority Melayu Muslim di masa UMNO paling lemah, bagaimana PAS akan buat inroad di masa UMNO di kuatkan oleh pemimpin baru UMNO ?
2) Ada kah PAS akan tetap sebagai parti yang di pimpin ?Hakikatnya PAS akan jadi parti di pimpin walau mereka masuk PR atau UMNO.

Mari kita kaji issue yang mengangui PAS dan rakyat,


1)PAS tidak mempunyai issu2 popular.Contoh nya gaji minima,ayer free,cukai pindu rendah,memberi pekerjaan kapada rakyat dan sebagai nya.
Issue ini amat popula dengan rakyat.Walaupun ia nya ada di guna pakai dalam Welfare State yang menjadi manefesto PAS,tetapi ia perlu di gebar gemburkan kapada rakyat.
PAS juga perlu mengamalkan system Welfare State nya di Kelantan , Kedah dan Perak.Jika PAS tidak berjaya mengamalkan sys,politik adalah ekonomi.tem Welfare State walaupun sedikit,ini akan adakan implicasi burok terhadap PAS
Tujuan PAS dan PR adalah memberi perasaan feel good bagi rakyat yang miskin.Bila yang meskin merasai diri mereka terbela dengan ekonomik management yang baik,mereka akan mengundi PAS dengan lebeh ramai lagi.

Bagi pendapat saya "politik adalah ekonomi". Kalau nak amalkan Islam tak perlu Islamik State. Di Soho Street London pun ada surau.Tujuan sebenar politik adalah "management of the economic resources."Ekonomi Islam tanpa riba adalah perkara yang terpenting bagi seorang pemerintah Islam.

Perkara yang kedua adalah ritangan2 atau dogma PAS seperti "Pimpinan Ulama' yang saya fikir tidak popular dengan rakyat.
Umumnya Ulama di angap tidak pandai hal ekonomi dan politik. Jadi yang bukan Ulama akan melarikan diri mereka dari PAS,kerana cita2 menjadi presiden parti dan PM tidak akan tercapai,walau ibadat mereka lebeh baik dari seorang yang mempunyai ijazah agama Islam. Ini menimbulkan klas system atau kasta mirip agama Hindu.
Istilah Ulama yang mengkhusus kapada agama sahaja perlu di ubah.
Ulama definasi sebenarnya adalah seorang yang pandai semua dan bukan seorang yang pandai agama sahaja.Seorang yang pandai agama sahala di kira unproductive dan tidak dapat cari makan.dan tidak layak memerintah dan manage ekonomi negara. Ekonomi akan jadi bahasa Greek kapada mereka.

Secara prakti PAS belum menjayakan ekonomi Islam yang lebeh mesra rakyat. System Socialist yang lebeh mesra rakyat pun maseh tidak di amali seperti negara2 Welfare State negara2 maju seperti Australia negara2 Barat dan Jepun.
PAS perlu tumpukan perhatian menjana ekonomi socialist/Welfare State, jika PAS inginkan kemenangan di PRU 13 nanti.

Thursday, August 28, 2008

Madah Pak Yeh

Madah Pak Yeh adalah himpunan kata2/quotable quotes Pak Yeh

1) UMNO / United Malay National Organisation adalah satu parti orrang2 Melayu yang buta huruf bahasa Melayu.

2)Pimpinan parti yang korupsi (UMNO Baru) di ibaratkan macam memberak di ayer tenang..
Cuma yang paling kotor dan busok akan naik ke atas.

3)UMNO mengamalkan MLM....bukan Multi Level Marketing tapi
MLM ia lah Menteri Level Merompak.

4) BN mengamalkan pemerintahan Sheriff of Nottingham.
Cukai,cukai,cukai...melalui minyak dan barangan... hingga
rakyat merepuk.

5) BN mengamalkan pemerintahan Ali Baba dan 40 Perampok.
Bila Ali dapat kontrak,dia beri kat Baba.dan 40 Perampok(kroni2 Menteri).

6) Bila Democracy dan Politik di liwat, diri sendiri akan di liwat.
Contoh ...kekalahan teruk UMNO di Pematang Pauh.

7) Dr M kata Anwar tumbok dirinya sendiri....Telampau kuat pusing,hinnga kepala sendiri terpusing.

8) Ibrahim Ali kata jati diri dia timbul bila dia masuk ISA.
Jati diri ? Kalau yang burok di katakan baik itu bukan jati diri tapi sewel diri.

9)Undang ISA ada lah undang2 Ikut Suka Aku.
Undang Democracy adalah undang2 ikut suka rakyat.

10) Pengswastaan sama maana dengan Pirate..ization.
Bila ia nya di buat oleh Pirates of the CareaBN.

11) Islam AlQuran membawa kapada perpaduan
Islam Hadis mebawa kapada perpecahan.

12) Islam AlQuran...Tiada paksaan dalam agama,semuanya sukarela dan iklas.
Islam Hadis ...Ada paksaan oleh pemeritah dalam agama sendiri dan agama orang lain.

13) BN Budget 2009.....maseh ekonomi kroni kapitalism.Jika gaji minima tidak wujud,ini membenarkan majikan mengexploitasi pekerja2.

14) Pencuri sebesar kuman kita nampak.Pencuri sebesar gajah (UMNO/BN) ada yang tak nampak.

Wednesday, August 27, 2008

Mari berkaraoke 2

Lagu ini saya karang sempena kemenangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di bi election Pematang Pauh.

Lagu Lodeh Mak oi lodeh...khas untok Pakatan Rakyat.

Lodeh Mak oi lodeh,
Lodeh Pematang Pauh,
PKR sudah menang,
UMNO tertinggal jauh.

Lodeh mak oi lodeh,
Lodeh Pulau Pinang,
Walau seluar di londeh,
Anwar maseh menang.

Lompat BN lompat ,
Lompat masing masing,
Kalau tidak lompat,
Nanti kena guling.

Lompat UMNO lompat,
Lompat cepat cepat,
Kalau tidak lompat,
Nanti jadi ketupat.

Lompat MCA/MIC lompat,
Lompat tinggi tinggi,
Kalau tidak lompat,
Nanti jadi rugi.

Lampat MP BN lompat,
Lompat ka Pakatan Rakyat,,
Jangan jadi pacat,
Nanti rakyat pecat.

Lari Pak Lah lari,
Lari ke Australia,
Kalau tak sempat lari,
Nanti masuk penjara.

Lari Najip lari,
Lari dari Altantuyoh,,
Takut Mahkamah rakyat,
Jatuhkan hukuman bunoh.

Lari Dr M lari,
Lari macam kera,
Sewa satu tongkang,
Pulang balek Kerala.

Lodeh Mak oi lodeh,
Lodeh sampai tengah,
Kami semua menanti,
Pakatan Rakyat memerintah.


Tahniah kapada rakyat dan perjuang2 hak dan keadilan rakyat.
Salam alai kum.

Monday, August 18, 2008

Pemerintahan Ali Baba dan 40 Perampok.

Apa kah maana dan definasi Ali Baba itu dalam bahasa Melayu ? Ya kita orang Melayu amat pandai ber peribahasa.
Ali Baba dalam Bahasa Melayu bermaana seorang yang berbisness atas angin.Ali itu Melayu/Muslim. Baba itu Cina/Yahudi/Kafir..Yang menjalankan bisnes sebenarnya ia lah Baba.Ali goyang kaki dapat nama dan duit. Bak perpatah Melayu ....Lembu punya susu Sapi dapat nama.Lebeh tepat lagi Cina /Yahudi punya kerja Melayu/Muslim dapat nama.

Saya mengambil Industri minyak seduniasebagai contoh kisah Ali Baba ini
Industri Petrolium adalah monopoly orang Yahudi. Mereka monopoly teknology dan bisnes petrolium melalui Company2 Penggali minyak/petrolium seperti Shell,Esso,Caltex dan beberapa company lain yang seorang penulis meberi nama The Seven Sisters.Oleh kerana mereka monopoly technology dan bisnes minyak maka mereka kontrol harga minyak.Dan sekarang ini mereka menaikkan harga minya hingga 5 kali harga pengeluaran/production cost.
Dengan itu Kerajaan Ali ia itu semua Negara2 OPEC pun terpaksa ikut macam lembu kena tarik hidung sebab mereka tidak mampu berfikir luar dari kotak monopoly itu.Ali ia itu negara2 OPEC bersuka sebab mereka makin kaya.menjual minyak kapada Negara2 yang tiada minyak dengan harga yang sangat tinggi. Tetapi krnikkan minyak membawa kapada kenaikkan barangan dan membawa kapada inflasi dan kemiskinan rakyat.Malang sekali Ali yang di Malaysia walaupun sudah sangat kaya menjual minyak keluar negara,berhati busuk dan menaikkan harga minyak dalam negarnya(Malaysia).Maka mederita lah rakyat Malaysia yang tidak ada gaji minima ,yang gaji cuma RM300 telah menjadi RM200 sebab kenaikkan minyak dan barangan.
Tidakkah ini maananya merompak duit rakyat ???Tidakkah Ali/negara2 OPEC merompak rakyat sendiri sebab di monopoly oleh 40 lebeh perampok 2saudagarminyak itu ???

Itu lah cerita Ali Baba..pemimpin2 Muslim yang di bodohkan saudagar2 minyak Yahudi. Seniman agung kita Tan Sri P Ramli pernah memberi bayangan penipuan ini di dalam filem nya Ali Baba Bujang Lapok.

Cerita kedua ialah cerita sambungan nya dari certa Ali Baba negara2 OPEC seantaro dunia. Certa kedua ini ialah cerita Ali Baba dan 40 lebeh Perampok di Malaysia.
Ali Baba ini mempunyai 40 orang perampok di namakan Kabinet Ministernya dan Kabinet Ministers nya mempunyai lebeh 40 perampok yang di namakan kroni2nya.Tujuan mereka adalah untok memenangi pilihan raya dan memimpin Malaysia.Apa bila mereka sudah dapat memimpin Malaysia barulah mereka menjalankan Menteri Level Merompak (MLM).
Mereka sangat suka merompak rakyat yang miskin.Orang miskin di kenakan cukai minyak,cukai beras,cukai ayer,cukai toll,cukai AP kereta dan beraneka macam cukai lagi.
Keroni2/40 perampok Ali Baba adalah orang2 yang berbisnes/saudagar minyak(Petronas),saudagar beras(Bernas),saudagar kereta (APnas dan Protonas)..Kesemuanyamereka ini mengenakan rakyat dengan harga yang amat tinggi untok barangan2 mereka.Ini di katakan merompak rakyat dengan cara halal.Halalnya cuma di Malaysia .Jika di Amerika dan Barat mereka2 ini akan di dakwa di Mahkamah atas tudohan anti Trust. Undang anti trust membela rakyat dari monopoly dan cartel di mana harga barangan di naikkan sesuka hati penjual.

Sebagai contoh lagi. kita bawa cerita Samy Novalue,Menteri Jalan Raya.Dia akan rancang project2 Jejantas dan dan jalan raya.Maka dia pun kumpul lah 40 orang perampok nya menyamar sebagai Consultant Engineers,Civil Contractors,Pebekal dan lain Contractors.Malang nya Contractor ini dia ambil dari Karupillay(di sebut Garupelir) Estate di Sungei Siput.Maka sebab itu kita nampak beribu2 retak berlaku di jejantas/flyover yang dia buat.Jejantas ini bersama dengan jalan rayadi kutip Toll selama 30 tahun.Wang ini semua masuk poket siapa??Tol pun terlampau tinggi harganya ,seolah rakyat di rompak sahaja. Inilah yang di katakan Ali Baba dan 40 perampok Malaysia dan Menteri Level Merompak (MLM).
Jika kerajaan tidak subconyrat dan kerajaan buat sendiri duit tidak dapat masuk poket kroni2/contractor si Samy Novalue.Tetapi bila di subcontract,maka duit dapat masuk poket kroni2/subcontractor si Sami Novalue.


Jadi jika kita kaji ,kita akan dapati yang Pengswastaan project2 adalah satu cara Ali Baba(menteri2) dengan 40 lebeh perampok2 (kroni2) nya merompak duit rakyat.
Remedy untok gejala2 kroni capitalist/Ali Baba dan 40 perampok ini akan hilang bila Malaysia nationalise bisnes Goverment link Companies (GLC)nya





Dari itu untok mengelak dari korupsi kroni Capitalist yang di bawa oleh Perdana Menteri ala Ali Baba dan 40 perampok itu,kita harus Nasionalize dan bukan Privatize Contrator2 dan Industry kita.

Wednesday, August 13, 2008

Tanda2 Democracy palsu.

Seperti duit tulin dan duit palsu Democracy juga ada yang tulin dan yang palsu.

Korupsi berlaku kerana sifat tamak manusia.Budaya dan agama bergolak bagia kan ombak.Sekejap pasang sekejap surut.Begitulah budaya/ agama modern yang di namakan Democracy itu.Kadang ada pemimpin yang baik maka ramailah rakyat bermanfaat darinya.Democracy tulin semarak di masa mendapat pemimpin yang baik dan mesra rakyat.Kadang mendapat pemimpin yang jahat dan tamak.Maka melaratlah rakyat terseksa oleh mereka.Pemerintahan yang begini walaupun menguna car undi Democracy sebenarnya cuma memaisukan Democracy.

Cara kita kenali Democracy yang palsu adalah seperti berikut...

1) Surohanjaya Pilihanr Raya tidak telus dan amanah.Ia nya diangotai oleh orang2 yang tidak di kenali kesolehan dan kewibawaan nya.
Kita akan lebeh telus dan mempercayaai orang2 seperti Iman Masjid ataupun Padri Kristian.Malah orng2 agamawa sepatutnya menjadi anggota2 SPR

2)Kegunaan undang2 yang tidak adil dan zalim seperti ISA, OSA,dan Sedition Act.
Ini kerana ISA itu undang2 yang bukan undang,Sesaorang itu di anggap bersalah dan tidak di bawa kaMahkamah untok di adili.Sedangkan princip yang adil adalah sesaorang itu tidak bersalah melainkan di bukti kesalahan nya di Mahkamah.ISA menkotradiksi hukum yang adil.

3) Police yang menzalimi rakyat bila rakyat berdemonstrasi.
Demonstrasi adalah hak rakyat untok bersuara dan hak ini termaktub dalam falsafah Drmocracy dan perlembagaan Malaysia.

4) Mahkamah yang memehak kapada kerajaan.
Hakim tidak boleh memehak kapada kerajaan.Hakim2 sepatutnya berlaku adil dengan tidak berpihak dengan sesiapa pun.

Sunday, August 10, 2008

Pemerintahan Sheriff of Nothingham

Pemerintahan yang tamak dan kejam di gambarkan dalam sebuah movie animasi oleh Disney bertajuk Robin Hood.

Gambarkan apa yang di katakan oleh Friar Tuck kapada Seriff of Nottingham..."Taxes, taxes, taxes, You have taxed the people to the bone, and yet you want more"



Ya ! Itulah gambarannya di zaman Robin Hood. Di zaman kita ini pun ada banyak Negara2 senasib dengan Negara Robin Hood.Negara Malaysia umpamanya, baru sahaja di kenakan cukai minyak yang tinggi.Selepas tidak sampai enam bulan cukai minyak naik lagi.Berikut dengan itu habis semua barangan pun turut naik, walaupun setengah darpadanya tiada sangkut paut dengan minyak lansung.Keuntongan yang berlebehan yang di kenakan Kerajaan kapada rakyat melalui minyak,beras,ayer,letrik,kereta dan lain2 merupakan satu cara cukai Ini di tarifkan sebagai hidden tax atau cukai tersorok.Rakyat di cukai melalui kenaikan harga barangan.



Jika gaji rakyat di naikkan selari dengan kenaikkan minyak ianya tiada menjadi masaalah.Tetapi gaji rakyat terlapau sikit hingga menyusahkan dan membebankan rakyat.

Kita ganbarkan masa dulu dimana sepuloh sen dapat beli sabiji karipap yang besar..Zaman sekarang ini sepuloh sen karipap telah jadi terlampau kecil hingga kita perlu microscope untok melihatnya.



Apabila nilai duit itu turun kerajaan telah cukai rakyat.Turunya duit di sebabkan cetakkan yang lebeh untok membayar hutang yang lebeh.Rakyat membayar hutang kerajaan apabila nilai harga duit kita jatuh.



Begitulah cara kerajaan ibarat kerajaan Sherif of Nottingham ini melakukan bermacam2 cara untok cukai rakyat. Ada cukai minyak,cukai kereta cukai beras cukai pintu cukai ayer,cukai letrik dan bermacam2lagi cukai. Cukai ini pula semakin naik hingga menzalimi rakyat.

.

Kata2 Friar Tuck"Taxes, taxes, taxes. You have taxed the people to the bone and yet you want more." telah menjadi benar berlaku di negara Malaysia di zaman ini.

Maka rakyat Malaysia sedang menunggu seorang Robin Hood untok meyelamatkan mereka dari pimpinan yang tamak dan kejam.