Orang Melayu kaya dengan sejarah Raja2 yang jahat,yang suka membunoh tanpa sebab.
Cerita2 seperti Sultan Mussafar mangkat di junjung, cerita Hang Tuah yang di hukum mati oleh Sultan, dan yang paling memalukan orang Melayu ia lah cerita "Singapura di langgar todak".
Mengikut cerita ini negara Singapura di masa itu menghadapi masaalah rakyat terbunoh oleh ikan todak, yang suka menikam manusia yang berjalan di tepi laut.
Seorang kanak2 yang bijak, bernama Hang Kadim, menasihati Sultan, supaya pokok pisang di tanam di tepi pantai.
Apabila ikan todak menerbang kepantai ikan2 itu tersangkut kapada pokok2 pisang itu.
Maka selesailah masaalah2 Sultan dan rakyat Melayu itu.
Tetapi malangnya kanak2 Melayu yang pintar itu, yang sepatutnya di beri penghormatan, disebaliknya di siksa dan di hukum bunoh.
Astaga...apa punya bonggok punya Sultan Melayu Singapura di masa itu ! ! !
Sama ada cerita itu benat atau tidak tidak menjadi perhatian bagi pengarang cerita itu.Tetapi messaj nya adalah Pemimpin2 Melayu suka membunoh orang2 yang pandai.
Adakah ia nya betul ? Ataupu cerita ini cuma untok mendodoi Melayu supaya tidak memakai otak mereka ?
Dan apabila rakyat tidak memakai otak mereka, rakyat akan senang di perintah.
Cerita2 yang membodohkan Melayu banyak di karang mungkin oleh orang2 Raja2 juga.Contoh2 cerita kebodohan Melayu yang lain adalah "Batu belah batu bertangkup" dan "Hang Tuah". Cerita2 ini membodohkan dan melemahkan semangat rakyat Melayu, supaya mereka sentiasa menjadi yesman dan pak turut sahaja.
Ini lah tujuan sandiwara2 dan cerita2 sastera Melayu dulu kala.Misi mereka adalah untok melemahkan dan membodohkan rakyat.
Di zaman moden ini,kita maseh di bodohkan dan di lemahkan semangat kita tetapi dengan cara yang berlainan.Cara2nya adalah seprti berikut.
1)Undang2 I.S.A. dan Sedition Act di gunakan untok melemahkan rakyat yang pandai.
2)Polis di gajikan dan di korupsikan supaya berpihak kapada kerajaan dan menghukum rakyat yang pandai.
3)Para hakim juga di gajikan dan di korupsikan supaya berpihak kapada kerajaan, dan menhukum rakyat yang pandai.
4) Media/TV 1,2,3, semuanya mempropoganda bahawa kerajaan baik walaupun korupsi dan tidak amalkan Democracy tulin.Berbohong itu biasa bagi media2 kerajaan.
Jika kita kaji sejarah,kita akan dapati bahawa memang benar Pemerintah suka membunoh dan menyeksa orang pandai.
British mengunakan taktik ini kapada ranyat negara2 yang di jajahnya.Mereka2 yang berlainan pendapat dari Pemerintah akan di masukkan kedalam penjara hingga mereka berpaling tadah, Ada yang di seksa hingga separoh mati dan ada juga yang mati.
Jika zaman dulu kita di takut2kan oleh cerita2 dongeng supaya tidak guna akal kita,zaman sekarang kita di takut2kan oleh perundangan ISA dan cerita2 mereka yang telah di tahan oleh pemerintah.
Kekejaman pemerintah dahulu dan sekarang agak sama tujuan tetapi caranya berlainana sahaja.
Jadi apakah rakyat faham akan autocracy pemerintah yang bertopengkan Democracy ?
Malaysia bukanlah negara Democracy jika ia mengunakan undang2 anti democratik macam ISA.
Democracy tulin tidak ada undang2 ISA yang tidak hormati dan akui bahawa sesaorang itu tidak bersalah melainkan di bukti bersalah oleh mahkamah.
Pengunaan ISA mentertawakan dan mengkorupsi Democracy yang tulin.
No comments:
Post a Comment