Friday, April 10, 2009

Bila sistem korupsi, PM Malaikat pun jadi korupsi

Karl Marx, Bapa Communism berkata bahawa Kapitalism adalah punca rakyat di zalimi.
Raja2 jika mengamalkan ekonomi Socialist,Islam,Kristian Budhis dan Hindu,rakyat nya tidak akan memberontak kerana di zalimi.

Falsafah "Raja memiiliki semua tanah" menjadikan petani tanpa bertanah, apabila tanah kesemuanya di bolot oleh Raja2 dan kaum kerabatnya.Tanah ini kemudian di sewa kapada petani.
Sifat sewa tanah kapada petani dengan harga yang mahal lah yang di panggil Kapitalism. Sistem ini mengkayakan yang kaya dan memiskinkan lagi yang sudah miskin. Sifat tamak mengaut keuntongan tanpa mempedulikan keadaan social pekerja ada lah Kapitalism yang extreme yang cuma menguntongkan golongan kaya.

Untok melawan falsafah "Raja2 memiliki Tanah" ataupun "Bankers memiliki tanah dan asset negara" falsafah baru yang berbunyi "Rakyat memiliki tanah dan aset negara" ataupun "Negara memiliki Tanah dan asset negara" di guna pakai.Jika falsafah agama di gunakan 'Tuhan memiliki semua tanah" di gunakan.
Tujuan falsafah ini adalah untok kembalikan kekayaan yang di bolot oleh bogoise/golongan kaya,kapada rakyat dan negara.
Falsafah ini termasuklah meng "Nationalize"kan semua bisness kroni Menteri2.
Contoh yang paling jelas adalah keuntongan kapada negara dan rakyat jika Jalan Raya berToll di "Nationalize".Pengswastaan Jalan Raya ber Toll menguntongkan kroni2 Menteri dan menzalimi rakyat dengan cukai tersembunyi berbentok bayaran Toll.jika cukai ini kembali kapada kerajaan, rakyat akan untong.Malang nya cukai terselindung ini masuk poket kroni dan Menteri sahaja.
A.P. kereta pun merupakan cukai terselindung yang kayakan kroni dan menteri sahaja.
Begitu juga bila beras di lesenkan di swastakan dan di Kapitalismkan.Rakyat membayar cukai terselindung untok kroni2 bayar lesen,dan "cukai" Menteri. Apabila stock beras di jimatkan dan di monopoly oleh rogue speculators kerana Kapitalism,rakyat akan bayar harga beras yang amat tinggi dan ramai akan kebulor jika supply tidak cukup kerana cuaca burok.Rakyat di beban dengan bermacam2 cukai terselindung apabila pengswastaan berlaku. Semua pengswastaan adalah bisnes M.L.M.(Menteri Level Merompak)
Justru itu G.L.C semua perlu di "Nationalize" supaya kroni2 tidak lagi "masuk poket sendiri" keuntungan GLC (Government Link Companies).

Hak milik tanah dan asset negara adalah facta melawan sistem korupsi dan kezaliman golongan rakyat miskin.Kapitalism cuma mengkayakan yang sudah kaya dan memiskinkan lagi rakyat yang sudah miskin.
Maka perjuangan kaum Socialist dan Communist adalah untok mengembalikan hak milik Tanah dan asset negara dari golongan kaya kepada golongan miskin dan negara.
Kaum kaya ia itu Raja2 dan keluarganya kini telah di atasi oleh Menteri2, kroni2 dan Agong segala golongan kaya, ia itu Bankers.
Mereka2 yang memiliki Tanah dan aset2 negara adalah Bankers,Menteri dan kroni2.
Kapitalisma zaman sekarang tidak lagi merupakan kezaliman Raja2 tetapi kezaliman dan ketidak adillan kaum politik(Menteri) dan peniaga(kroni) yang mengamalkan sistem Kapitalism.

Jadi di sini saya nyatakan sekali lagi bahawa punca korupsi kaum politik dan ekonomi adalah sistem Kapitalism.
Sistem ini perlu di gantikan dengan sistem Socialis atau Communis yang di modifikasi dengan sistem Islamnomics.
Islamnomics adalah mengantikan duit kertas yang merupakan penipuan itu, kapada duit tulin,ia itu duit emas.
Untok memahami penipuan duit kertas,sila baca posting saya yang lepas bertajuk "Proof of Kafirnomics" dan "The Morals of Economics"

Pendek kata Kapitalism (ekonomi tamak), perlu di gantikan dengan ekonomi Socialism yang mirip ekonomi "sedekah" agama Islam dan di kuatkan dengan ekonomi Islamnomics.

Wa Salam.

9 comments:

Anonymous said...

Sori lah Pak yeh lama x online, sibuk ngan 'Maya Karin'. Anyway pasal Privatization, the M.O.nya, big project dapat 'soft loan', kalau ok, loan rate low, kalau x okay lender lah yang susah. Pendek kata risk free project promoter. Teka lah 'soft loan' tu datang dari mana?

pak yeh said...

Salam Anonymous,
Terima kaseh atas info soft loan tu."Soft loan" hutang berfaedah rendah dari kerajaan ler,untok kroni2nya. Betul tak ?Orang lain nak buat bisnes semua kena "hard loan".Kalau ambik "Islamic loan" lagi teruk kena sembeleh dari "Kafir loan".
Mampuih la orang Islamic Bank kena tibai oleh Allah nanti. Depa menhalalkan yang haram dan hisap darah lebeh dari orang Bank kafir.
Aiseman Incik Anonymous. "Maya Karin" tu bisnes apa ?

Anonymous said...

'Maya Karin' tu bukan bisnes.

Anak kena 'hysteria' kat asrama dok ikut 'Maya Karin' gi toilet tengah malam...(bukan sekolah aje racun, asrama pun racun juga).
Itulah website saya..mcm static aje.. x ada masa..
Yang baguih nya, barulah rasa betapa 'power'nya ayat-ayat suci Al-Quran. So kami sekeluarga lebihlah taqwa dan iman kami semenjak dua menjak ni.

Nak komen openly ni takut website sya pulak kena godam. Tapi tahulah modus operandi mcm mana M'sia kena jual...kiri kanan depan belakang.

Anonymous said...

aku setuju. tapi mcm mana nak tukar sistem ni Pak Yeh? kasi depa tu makan racun tikus lagi baguih kot. tiap2 bulan kita dok kira nak bayar bill saja kan! Bil air, bil letrik, bil telepon, bill handpon, bill IWK, bill astro,cukai pintu, cukai tanah, lansung dio orang tak pikiak kita punya perut!kita punya susu budak2. Camana nak bagi susu badan, tetek mak depa pun dah kecut tak cukup zat makanan. Yg heran gaji CEO mereka beratus ribu, elaun berpuluh ribu, jadi kita nak makan apa semua barang dah mahal. dulu org suruh makan ikan bilih, la ni ikan bilih lagi mahal dari ayam. nak makan ayam, weii setahun sekali masa raya je la dapat makan nya. nak makan daging? huh tunggu hari raya korban la pulak. Patut syarikat GLC kena prihatin lah pada rakyat sedrhana dan miskin. Rakyat sokong PKR kerana keprihatinan pemimpin mereka menangani isu2 rakyat. Kebijakan TS Khalid memberi air percuma sangat terpuji dan selaras syariat islam. Pemimpin BN buat apa? Mereka mengaut segala harta dan duit rakyat .Mereka berjoli keluar negara menggunakan wang rakyat.

Anonymous said...

hidup pok yeh..kamu bantu rakyat miskin nooo!!

pak yeh said...

Salam Anonymous,
Seantaro dunia akui bahawa sistem ekonomi Sosialis mesti di selit masuk negara Kapitalis.Nak dapatkan sistem Socialist terpaksalah undi Pakatan rakyat.Gaji minima ,ayer free,hospital free pelajaran free,jalanraya free adalah sistem Socialis. Membuat kerja JKR tanpa pengswastaan adalah socialist. Kita ni kena tipu dengan british dan UMNO/BN. Depa kata ekonomi socialist/Communist tu tak baguih.Tapi yang sebenarnya kalau dah pakai sistem ekonomi Socialist/communist ladang2 getah British akan di ambil oleh Kerajaan. Tujuan British dan UMNO nak kayakan poket mereka sebab itu semua di swastakan. Kalau di Nationalisekan macam negara Socialist/communist, rakyat yang kaya, British dan UMNO tak dapat jadi kaya.Itulah udang di sebalik batu kenapa kerajaan British dan UMNO anti sangat Socialist dan Communist.Merka mau kekal harta kekayaan mereka sahaja.
Tapi Socialist dan Communist pun kalau maseh guna duit kertas dan sistem Banking riba akhirnya jadi negara Kapitalis juga, cuma ia nya lebeh baik dari Kapitalist extreme macam Malaysia.Jadi akhirnya ekonomi Islam tanpa riba adalah yang paling baik.
Nak tukar sistem ? Revolusi mental dulu, lepas tu barulah boleh Revolusi macam Rasullallah s.a.w. buat kat Mekah dulu.
Terima Kaseh kerana sudi respond.
Salam.

Unknown said...

Salam Pak Yeh,

modal UMNO adalah KEMISKINAN. selagi ada kemiskinan dikalangan rakyat jelata, selagi itulah depa pikir peluang depa menang dan berkuasa memerintah kerajaan.Begitu juga MIC. Mereka tidak sedar zaman sudah berubah. Kecuali pendalaman Sarawak. Jika di analisa,gelombang perubahan sudah bemula. Org dewasa islam, orang tua islam dan anak muda islam sudah beralih kepada pas teras Pakatan Rakyat yang benar2 membela semua kaum. UMNO ttp sebuah parti Keramat bangsa Melayu, malangnya ada sebilangan pemimpin nya begitu tamak haloba, rakus, ego, sombong, hidung tinggi dan tidak mengenang budi. Jika DS Najib dapat mengatasi perkara ini, saya yakin Melayu tulin akan kembali kepada UMNO.Ingatlah pepatah2 melayu dahulu yang telah banyak mengingatkan bangsa kita supaya tanahair kita tidak tergadai.. Sejujurnya masih ada lagi sokongan untuk UMNO dari kampong dan desa yang dipinggirkan kerajaan BN, jadi belalah nasib mereka sebelum terlambat. Salurkan kemudahan pembelajaran kepada anak2 mereka, DS Najib jangan asik menumpukan kepada anak2 FELDA saja, apahalnya anak2 peneroka RISDA, FELCRA dan peneroka ladang lainnya? Berikan kesamarataan dalam memajukan rakyat. Sudah banyak rungutan dari rakyat luarbandar jadi pemimpin tertinggi harus sadar. Lantik seberapa ramai pegawai yang boleh membantu kepimpinan. Tak ada salahnya lebih banyak pegawai yang boleh menjalankan tugas2 Menteri. Pegawai2 yang sudah bersara boleh dilantik menjadi pegawai penyelaras kemajuan desa dan kampong. Saya sedia membantu jika Perdana Menteri sudah menyedari hal2 spt ini. Apa yang penting sekarang penyatuan semula Bangsa Melayu dalam UMNO. Jangan diharapkan sangat pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan kerana mereka juga sibuk tak tak tentu pasal. Apatah lagi jika mereka merasakan kehidupan mereka belum stabil, masakan mereka ingin memikirkan rakyat!

pak yeh said...

Salam haji,
Terima kaseh respond sdr.Kita ni dah lama tunggu UMNO bertukar jadi baik.Pak Lah dapat 90% mandate adalah kerana kepercayaan bahwa Pak Lah akan memimpin dengan baik.Malangnya Pak Lah dan UMNO tidak mahu tukar kapada pimpinan yang baik.Maka tidak ada cara lain melainkan gulingkan mereka di PRU 13 nanti.UMNO akan hidup selepas mati.UMNO perlu belajar menjadi pembangkang,baru lah faham apa itu pimpinan yang baik.

moloyue said...

Saya ingat Pak Lah asalnya bertujuan baik tapi dia lelah sikit. dia syok sendiri rasmi sana rasmi sini, senyum sana senyum sini. Bila pilihanraya 2008 baru terduduk. Nak salahkan diapun tak patut sebab memang dia tak berkemampuan tapi dah dilantik oleh jembalang matahir. masalahnya satu sahaja: dia syok sendiri. Sekarang bahagialah dia dgn Jin Abdullah..