Kebanyakkan orang Melayu termasuk saya sendiri maseh sayang pada UMNO.
Yang kami benci adalah pemimpin UMNO seperti Mammak Kutty,AAB dan NTR.
Melihat pada keputusan PRU 11/2004 di mana mandate dan kepercayaan di beri hampir 100% pada UMNO/BN kerana sayang akan orang yang di anggap jujur memperjuangkan hak2 Melayu dan yang paling penting sekali berwibawa dan tidak korupsinya Perdana Menteri mereka.
Malangnya janji anti korupsi dan "Cemerlang,Gemilang Terbilang" itu tidak di tunaikan oleh AAB.Rakyat merasa tertipu dengan janji2 kosong AAB.
Keadaan curiga akan kebolehan UMNO untok tunaikan janji anti korupsinya terkubur kini apabila pengganti AAB di lihat lebeh kotor dan unDemocratik dari AAB sendiri.
NTR di lihat kotor bila skandal Altantuya berlaku.Keenggannan beliau untok buktikan melalui Mahkamah bahawa beliau tidak terlibat dalam skandal Altantuya menyebabkan orang Melayu hancur lebur kepercayaan mereka terhadap UMNO sebagai pemerintah.
UMNO di lihat sebagai seorang pesakit cancer yang tiada harapan untok menjadi sembuh lagi.
Dalam keadaan hilang kepercayaan orang Melayu kapada UMNO, parti oposisi secara de fakto telah menjadi pilihan mereka.
Dari sudut ekonomi pula UMNO di lihat sebagai Kapitalis extreme.Tanda2 korupsi dan Kapitalis extreme tersebar dengan luas di internet. Rakyat kini sudah pandai beza kebaikan ekonomi Socialis yang berjalan selari dengan ekonomi Kapitalis negara2 barat.Mereka kini boleh buat bechmarking/perbandingan antara Malaysia dan negara2 seperti Britain,Australia,America,Jepun dan lain negara yang rakyatnya di beri duit social security apabila mereka tidak dapat perkerjaan.Mereka pun bertanya, "Kenapa tidak Malaysia berbuat begitu ?"
Kerajaan sekarang tidak mudah menipu rakyat dengan berkata, "Rakyat akan jadi malas jika social security di beri".Mereka telah anggap social security itu adalah hak assasi mereka apabila mereka mengundi sesuatu parti politik.
Pendek kata rakyat sudah boleh berfikir sendiri tanpa propoganda kerajaan.
Maka jika UMNO tidak awasi dan bertukar ekonominya,rakyat akan terdesak menukar pimpinan UMNO dengan pimpinan parti oposisi.
16 comments:
cis....
pakyeh ni umno rupanya...
buat apa nak sayang umno pakyeh...
depa tu makan rasuah sama mcm makan taik babi...umno dah nak mampoih dah
rumah kata pi kubor kata mai...
Relex ler akupun.
Sayang tu dulu.Pak Yeh dulu sayang Pak Lah.Ingat kot dia baik,anak cucu alim ulamak konon,anti korupsi lagi.
"Dari kerana janji ...
Yang menpunyai kuasa...
Oh ! Aku tergoda, aku tergoda TERPEDAYA."... lagu R Azmi !!!
Cilaka punya Pak lah !!! Penipu rupanya!!!
Sekarang aku dah tobat !
Aku benci Mammak Kutty, Mr Crime Minister,UMNO dan BN !!!
yang paling aku meluat ialah kebanyakkan orang umno ni terlibat dalam bidang kontraktor...macam dah jadi profession wajib untuk ahli umno...perkara ni FAKTA
Pemimpin2 umno adalah produk drpd umno jadi macam mana blh sayang umno dan benci pemimpin2nya: semuanya bangsat!!!
Hello Moloyue,
Kalau kita ingin tukarkan perangai mereka (UMNO),keana lah kata sayang.Mana tau mungkin mereka berubah sikit.Kalau maseh tak dapat berobah jawabnya terpaksa lah kita ber jihad.
Pak Yeh,
Hamba ni sayang Melayu,
Bukan sahaja sayang tapi 'kecian',
Hamba ni sayang Melayu,
Tapi Melayu tak suka dikecian,
UMNO hamba tak kenai,
sebab tu taklah cayang,
tapi hamba 'kecian' juga.
Pak Yeh,
Saya kongsi prihatin Pak Yeh terhadap org melayu. Bila kita bincang pasal org melayu kita tidak blh lari dari umno (setakat ini).
Pd hemat saya umno ni blh dibhgi kpd 3 golongan:
pertama, pemimpin elit yg teratas. bilangan mereka sangat kecil dan mereka yg menentukan segalanya. mereka tahu apa mereka hendak dan memanupulasi segala2 untuk memastikan mereka terus berkuasa. Mereka ini tiada agama hanya nafsu;
kedua, golongan yg berkepentingan. mereka termasuk ahli2 perniagaan dan aktif dlm cawangan2 umno. mereka meraih keuntungan baik dlm kontrak, konsesi mahu pun pemberian tanah. mereka kumpulan kedua terbesar. Kesetiaan mereka terhadap umno bergantung kpd faedah yg mereka dpt;
ketiga dan kumpulan terbesar ialah penyokong2 umno baik ahli biasa umno mahupun pengundi2 umno. Ciri-ciri mereka hanyalah sentimen kpd umno dan kurang pemahaman Islam.
Jadi Pak Yeh, apa kita nak buat dng org melayu umno ni?
Salam Moloyue,
Bila sistem korupsi, letak siapapun akan jadi korupsi juga.Sistem Kapitalis bila di amal minda jadi Yahudi. Sistem ekonomi perlu tukar kapada Socialis dan kemudian kapada Islamnimics.Kita mesti faham Islamnomics barulah boleh buat Revolusi macam Rasullallah buat.
Rujuk rencana saya "Rasullah seorang Revolusioneer".
Re-education of Muslims tentang Islamnomics perlu di jalani.
Sementara itu pemerintah yang korupsi dan zalim perlu di gulingkan
Kalau ada kelapangan minta pak yeh senaraikan cara rambang(yang besar-besar sahaja) akan semua kos "projek-projek hangus" dan "pembaziran-pembaziran" mulai zaman Mahathir hingga zaman Abdullah Badawi dan jumlahkan.Dari jumlah "wang hangus" ini kalau dihadiahkan kepada warganegara Malaysia yang berjumlah lebihkurang 25 juta sahaja - 1 juta seorang - tanpa mengira bangsa,agama,dan umur - hari ini sudah pasti tidak ada "kemiskinan" dinegara ini.Malah jika dikira betul-betul bukan sekadar 1 juta,lebih dari itu pun bolih.Pemberian ini terhad kepada warganegara yang tulin sahaja,tak termasuk yang dapat IC Biru kerana untuk mengundi BN dan tak termasuk yang dapat IC Biru secara pintu belakang.Yang dimaksudkan dengan "wang hangus"ni adalah seperti yang telah dihanguskan dalam projek Perwaja dan yang sejenis dengannya.Dengan ini barulah rakyat tahu betapa kayanya Malaysia ini dan betapa rakus,bodoh dan pembazirnya kerajaan BN ni.
Terima kaseh Anonymous,
Duit hangus dari Perwaja Steel,Bank Bumiputra Hong Kong(Carrian scandal) sahaja boleh kayakan semua orang miskin tak kira bangsa.
Dr M perlu di sula sebab hanguskan/songlap duit rakyat.
Salam semua,
Kalau nak benci UMNO pun memang patut. Tapi kalau nak sokong pembangkang pun risau juga. Nampak bercelaru sangat.
Saya amat menyukai PAS tapi nampaknya PAS juga juga la ni ada iras-iras UMNO, semuanya nak kejar duit. Harap Nik Aziz n the geng dapat bersihkan PAS daripada najis-najis ni.
Kepada pemimpin UMNO bertaubatlah, buatlah sesuatu supaya rakyat nampak akan kebaikan MU.
Saya masih menyokong UMNO walaupun menyukai Nik Aziz.
*Cuba usahakan satu site macam TT dulu, supaya kita semua dapat berbahas semula. Baru syiok.
Pak Yeh,
Saya sayang Melayu dan saya tahu sampai sekarang UMNO adalah pelindung bangsa Melayu TETAPI pemimpin yang telah menghancurkan bangsa Melayu atas nama UMNO. Sekarang, pada siapa saya nak mengadu perihal bangsa Melayu? Pada PKR atau DAP. Saya ada pilihan untuk Islam iaitu PAS. PKR pada saya masih lagi tidak bersatu, mereka masih wujud atas dasar rakyat seperti saya iaitu bangsa Melayu tiada saluran untuk mengadu. Jikalau UMNO adalah seperi UMNO tahun 1946, PKR tidak akan ada dalam senarai pilihan saya. DAP tidak boleh di percayai dari dulu sampai sekarang atas sebab-sebab yang sudah diketahui.
Salam tok janggut,
PAS adalah parti Melayu yang boleh ganti UMNO sebagai parti tunggak/memimpin dan bukan di pimpin.
UMNO perlu di hantar kapada oposisi supaya mendapat rawatan anti korupsi.Bila takde duit takde korupsi.
Selagi UMNO tak kena dera selagi itu mereka takkan berubah.Sayangkan anak pukul2kan dan miskinkan.Kalau anak/UMNO di manjakan dengan duit yang berlebeh UMNO takkan jadi baik.
Salam Anonymous,
DAP takkan jadi parti yang memimpin,melainkan ramai Melayu masuk parti itu.Parti yang memimpin adalah PKR.Tetapi PAS ada calibre untok ganti PKR sebagai parti tunggak/memimpin.Jika PAS dapat ganti PKR sebagai parti tunggak/memimpin, besar mungkin PAS akan ganti UMNO sebagai parti tunggak/memimpin dan buat kerajaaan. Jalan terbaik untok Melayu adalah pimpinan dan PM daripada PAS.Jika PAS boleh jadi parti tunggak/memimpin dan PM maka Melayu akan selamat apabila UMNO di gulingkan.
Tapi presiden PAS nampak bodoh.Pimpinan Ulama di lihat lemah dari segi ekonomi.Perlu ganti Presidennya dengan orang yang pandai ekonomi.Tapi Ulama mana yang pandai ekonomi dan undan2 ? Mereka pandai makan gaji aje. Ada yang mungkin dah makan gaji dengan UMNO bila mereka ajak lompat masuk Unity Gomen dengan UMNO/BN.
Keparat punya pemimpin PAS !!!Nampak jenis boleh di beli macam prostitute aje.
Post a Comment