Tuesday, July 28, 2009

Revolution pt4. Hartal = Boikot

Kerajaan telah merompak kita melalui bermacam cara. Kita tidak nampak dan faham bahawa kita telah di rompak.

Contoh nya :-
1) AP kereta.
Untok membawa masuk/mengi mport kereta kadalam Malaysia setiap kereta di kenakan
1.1) cukai import
1.2) keuntongan penjual kereta.
Harga kereta yang di import akan jadi berganda kerana membayar lesen AP. Dan kerajaan tiada untong. Kita menguntongkan kroni2 kerajaan sahaja. Penjual kereta sebenarnya telah bersubahat dengan kerajaan apabila setuju dengan bayaran AP kerta.

Jadi adalah penting kita HARTAL/BOIKOT KERETA BER "AP"

2) Beras dan makanan.
Bernas Sdn merupakan monopoly untok beras. Mereka telah rompak rakyat dengan harga beras yang melambung tinggi. Mereka juga di beritakan smuggle beras juga.

Jadi adalah penting kita HARTAL/BOIKOT BERNAS
Jalan yang baik ia lah beli beras pada penanam beras terus, Tanam padi sendiri, makan roti cepati.
Jika dulu kita pandai tanam makanan sendiri, kenapa sekarang kita tidak pandai tanam makanan sendiri???
Adakah Education kerajaan telah membodohkan kita supaya tidak pandai tanam makanan sendiri???
Dulu kita kaya...anak berdozen... makanan mewah !!!
Kini kerana duit kertas kita beranak dua tiga, kerana makan tak cukup.
Adakah Education kerajaan telah membodohkan kita supaya tidak kaya macam dulu ???

3) Rumah.
Harga rumah melambung kerana
3.1) Duit kertas jatuh nilai kerana kerajaan berhutang dan kita membayar hutang kerajaan melalui inflasi/jatuhnya nilai ringgit.
3.2)Apa bila inflasi berlaku barang2 bina rumah naik harga dan kita di rompak oleh penjual barangan2 bina rumah.
3.3)Contractor Rumah rompak pembeli rumah apabila barangan naik harga. Mereka juga turut naikkan harga.
3.4) Oleh kerana harga rumah terlampau mahal, maka kita terpaksa pinjam duit daripada Bank. Harga rumah menjadi 100% lebeh mahal kerana kita terpaksa bayar riba atas pinjaman kita. Kita turut berdosa apabila kita bayar riba kapada Bank.

Jadi ada lah penting kita HARTAL/BOIKOT BELI RUMAH CARA RIBA.
Jika dahulu kita boleh bina rumah sendiri, kenapa kita tidak boleh bina rumah sendiri masa kini.???
Para setengan boleh bina rumah sendiri, kenapa kita tidak boleh bina rumah sendiri???
Education kerajaan telah buat kita bodoh, sebab tak pandai buat rumah sendiri.!!!
Kita boleh guna cara gotong royong buat rumah sendiri. Kita HARTAL/BOIKOT BANK DAN PENCETAK DUIT KERTAS PENIPUAN apabila kita buat rumah sendiri.

Fikir2 lah wahai anak cucu ku.
Ekonomi Islam telah di lupai. !!!
Ekonomi Kafir telah menjajah kita !!!
Mari kita Revolusi untok kembalikan ekonomi Islam tanpa riba dan tamak !!!.


bersambung lagi...

7 comments:

tok janggut said...

Salam PakYeh,

Berkaitan rumah, kenapa harganya mahal bukan salah sapa-sapa. Pemaju yang salah kerana makan riba. Kalau harga rumah bernilai RM140,000, kos barang dan buruh hanya RM70,000 sahaja. Saya tahu sebab saya punyai ramain kawan di kalangan kontraktor. Inilah amalan riba yang sebenar-benmarnya, mengambil keuntungan yang berganda dalam perniagaa.

pak yeh said...

Salam tok janggut.Terima kaseh dgn komen sdra.
Kenapa mesti kita beli rumah melalui riba???
Riba pertama Pemaju/Developer berhutang dengan Bank.
Riba kedua Contractor berhutang dengan Bank.
Riba ketiga pembeli rumah berhutang dengan Bank.
Jika rumah kita buat cara gotong royong macam zamam tok nenek kita dulu, tak payah nak bayar kapada Pemaju,Kontraktor dan Bank. Rumah garentee murah, sebab tiada orang tengah ambil untong.
Revolusi yang saya ajak adalah Hartal atau boikot cara boros dan bodoh membeli rumah, yang membuat Pemaju,Kontractor dan Bank kaya raya.
Lagipun kita kurangkan guna duit kertas dan Bank Kafirnomics(ekonomi riba).
Dengan cara begini,kita akan amalkan Islamnomics(ekonomi tanpa riba) akhirnya.

Anonymous said...

pak lebih baik kita koncentrasi tenaga kami pada satu haluan Seandainya kita putus memboikot satu surat khabar yang pro BN selama satu bulan Dengan cara ini kita dapat menyaksikan hasil kegiatan kita Sesudah cobaan pertama ini sudah berhasil, baru kita menuju ke mangsa kedua

Anonymous said...

inilah dia kejahatan KAPITALISME orang melayu jangan hanya tahu hal riba semata-mata kenalilah hos pembawa riba itu

kalau KAPITALISME(ekonomi syaitan) ini dapat dihapuskan maka riba akan hilang dari dunia ini

kalau nak bercakap pasal revolusi pula mungkin adalah lebih baik kalau wujudkan satu pakatan dan kemudian pergi ke amerika dan declare war on federal reserve

what do you think pak yeh

pak yeh said...

Salam Anonymous no1,
Boikot ikut kebolehan sendiri. Yang penting kita wujudkan jalan/sistem ekonomi yang Islamik dan alternative.

pak yeh said...

Salam Anonymous no2,
Kita tidak amalkan komfrontasi. Tujuan kita adalah mengIslamkan ekonomi.Jika ekonomi Islam dapat menyelesaikan masaalah Kapitalisma, maka ramai akan amalkan ekonomi Islam.
Ekonomi Socialism dan Comunism menag baik bagi melawan Kapitalism, tetapi duit kertas telah korupsikan ekonomi Socialism dan Communism.
Duit kertas adalah riba dan ia nya di haram oleh Allah. Maka kita perlu hidupkan ekonomi tanpa duit kertas.
Ini memang susah. Kita perlu cari makan tanpa duit...berkebun,nelayan,penternak dan sebagainya. Kemudian baru kita guna duit emas,perak dan suasa.

Anonymous said...

harap orang sabah dan sarawak mulakan revolusi kerana ada byk tanah belum diteroka