Sunday, April 1, 2012

Dosa2 UMNO : Siakap,Senohong,Gelama,Tenggiri.

Jika seorang UMNO berkata, "Saya Melayu Muslim, tidak mencuri,tidak berjudi, tidak minum arak, tidak berbermaksiat."
Sambungkan kata2nya dengan  "Dani kamu ada sedikit sahaja kelemahan,..ia itu berbohong."
Dosa yang paling besar UMNO adalah berbohong. Sebab orang yang berbohong, boleh mencuri,berjudi,minum arak,dan bermaksiat.
Si pembohong adalah pengikut Setan yang telah tipu Hawa dan nabi Adam Ibu Bapa sekelian manusia.
Firman Allah, Quran 31:33"Jangan biarkan dunia ini membohongi kamu dan jangan biarkan Ketuan Pembohongi membohongi kamu tentang Allah."

Itu lah jalan hidup UMNO.
Parti "siakap senohong, gelama, tenggiri".
Parti "bercakap bohong, dan kini jadi pencuri".
Kini menjadi duri dan nanah dalam daging rakyat. 

UMNO ini di tubohkan oleh British.
UMNO di namakan dalam bahasa British.
UMNO di beri kuasa untok merdeka dari British.
Merdeka.??? ataupun Merdekahahaha.?

Pejuang2 merdeka di masukkan penjara.
Di bunoh dan di hambat keluar negara.
UMNO tidak berjuang,tapi petualang.
Menjadi tali barut, boneka British.

Kawan British di nobat Bapak Merdeka.
Lawan British di cerca Bapak Komunis.
Bukankah itu bohong namanya.?
Yang benar di palsukan?

Kamu di dodoi propoganda British.
Propoganda jenis Joeseph Geobbles.
Menteri propoganda Hitler,
"Palsu bila di ucap kerapkali, menjadi benar".!

Maka politik UMNO adalah politik British,
Politik Hitler dan Jeoseph Geobles.
Yang Palsu di jadikan Benar.!
Yang Benar di jadikan Palsu.!

Aduh, sakitnya.!!!
Racun di beri British
Telah butakan mata kamu.
Bohongan di katakan benar.

Raja kita di jadikan boneka.
Bukan Tuanku tapi makan gaji.
Macam kamu dan aku.
Gaji di bayar dari cukai rakyat.

Sekolah adalah kilang abdi.
Untok Capitalis punya industri.
Gaji di tekan rendah sekali,
Hingga hidup bagai hamba abdi.

 Duit benar di ganti duit palsu.
Bagaimana kertas boleh beli emas.?
Duit Tuhan dapat di beli dengan duit manusia
Bukankah bohong dan kufur nama nya.?

Hapuskan kepercayaan kapada UMNO.
Ketua Pembohong di negara Malaysia.
Bagai Syaitan menipu Adam dan Hawa,
Begitulah UMNO menipu manusia.

Maka merdekalah kamu dari penjajahan UMNO.
Proxy Imerialis berfahaman Kapitalis.
Jadikan Malaysia benar2 Islam dan merdeka,
Dari UMNO Sang Ketua Pembohong.


Ya Allah berkatilah perjuangan kami.
Amin

2 comments:

Red Alfa said...

Pembohongan UMNO adalah pada tahap pengkhianatan, secara berterang-terang hanya menidakkan tuduhan tanpa menunjukkan bukti, menegakkan penipuannya dengan memberikan hanya fakta dan sudut perpektif sendiri tidak mahu berdebat agar rakyat mendapat fakta dan pandangan sebaliknya dan memfitnah dan membuat fitnah tanpa secebis rasa bertanggung jawab, bermaruah dan berakhlak moral.

Begitulah PM Najib cara membohong, begitulah juga kepimpinan, ahli, pemblogger upahan dan penyokong tegar UMNO.

Anonymous said...

Bloggers upahan UMNO hanya setakat tahu muntahkan profanity, memaki- hamun, mencabar, memakai nama palsu bangsa Malaysia yang lain untuk menyemai kebencian, perasaan perkauman hanya untuk membela gang UMNO secara buta.

Dalam situasi keangkuhan, abuse of power and backup of flexing of muscles, teramat challenging untuk membentangkan cadangan- cadangan yang bernas untuk kebaikan semua dan negara dalam blogs apatah lagi:

- semasa berhujah di dewan rakyat, - untuk berkhidmat untuk rakyat dengan jujur, ikhlas serta prihatin
- melaksanakan rancangan- rancangan untuk pembangunan rakyat dengan sempurna
- untuk mendapat allocations untuk pembangunan negeri serta komuniti

Yang rugi rakyat. Yang berkuasa pun rakyta. Jadi balik lah dari luar negera untuk UNDI sambil itu untuk bercuti, menjalinkan perhubungan dengan sanak saudara. Yang di bandar, balik lah ke kampong untuk Undi.

UNDI sebagai kewapijan untuk salvage martabat Melayu sebagai Bangsa yang honest, tidak menipu, bertolak- ansur, hidup muhibbah, berbudi- pekerti dari dulu- dulu lagi sebelum era regim. Bangsa yang berani untuk make better choices untuk putus dari dusta UMNO.

Bangsa Melayu yang progresif, rajin , berilmu dengan nilai- nilai murni, cintakan Allah, untuk membangunkan negara Malaysia bersama bangsa- bangsa sejagat Malaysia.