Saturday, November 22, 2014

Pak Yeh Vs Pejuang Sunyi.

Ini adalah tahafut al tahfut kapada rencana Pejuang Sunyi Pembela agama Hadis ciptaan Bulhari Muslim dan Imam2 mazhab.yang boleh di lihat di ...  https://bosanbosanlayan.wordpress.com/2014/09/08/kisah-flip-flop-dalam-hadis-mengenai-solat-50-waktu-ke-5-waktu/

kisah flip flop dalam hadis Israk Mikraj mengenai solat 50 waktu ke 5 waktu

 

1 ) Pejuang Sunyi kata : 
Mereka tolak hadis dan tafsir ulama, tetapi mereka menggunakan hadis dan pendapat ulama utk menegakkan hujah2 mereka. Contoh yang selalu di gunakan ialah dalam kisah israk mikraj ini.
Kalau mereka menggunakan al quran, please stick to pegangan mereka sahaja.

Pak Yeh jawab :
Kami bukan guna hadis untok beriman dengannya tetapi untok membuktikan bahawa hadis itu adalah bohongan yang Allah laragi di Q31:6 "Ada orang (Ulama Hadis) guna LAHWAL HADIS untok SESATkan orang lain (Muslim) dari jalan Allah (Islam), tanpa pengetahuan, dan MENTERTAWAKAN nya (jalan Allah/Islam). Mereka ini akan beroleh azab yang amat terseksa"
 =================================================
2) Pejuang Sunyi kata :
Kedua, seperti yang saya mention sebelum ini anti hadis suka copy paste argument dari “guru-guru” mereka.
Jadi argument mereka selalunya satu fesyen je dan bila kita come up with counter arguments dia org tidak boleh untuk menjawab counter argument tersebut sebaliknya menghujankan kita pula dengan hujah-hujah lain pula. Jadi perdebatan tersebut jadi macam pergaduhan budak-budak dan tidak ada penghujung.

Pak Yeh jawab ;
Itu pendapat Pejuang Sunyi bersifat "syok sendiri" tanpa memberi bukti. Komen nya ini adalah kosong macam kentut saya.
 ====================================================
3) Pejuang Sunyi kata :
Mengenai kisah Israk miraj dan “flip-flop” Allah ini.
Pertama mereka sendiri menolak kisah-kisah detail yang di nyatakan di dalam Isra’ mikraj di dalam hadis. Ini kerana ia di katakan “bercanggah dengan al Quran.” Baik, mari kita lihat apakah yang bercanggahnya?
Adakah ia bercanggah? Ia bercanggah kalau sekiranya al quran kata rasullulah saw Israk ke Baitul maqdis tetapi hadis kata dia Israk ke Kuala Lumpur. Ini perncanggahan.
Tetapi hanya kerana rasullulah saw kata baginda menerima solat sewaktu israk tetapi al quran tidak menyebutnya tidak menjadikan ini satu percanggahan.

Pak Yeh jawab:
Percangan 1) Quran tak ada sebut peristiwa Israk Mikraj, Maka peristiwa Israk Mikraj adalah tokok tambah atau bohongan ataupon cerita dongeng para perawi hadis.Bohonganya nyata bila ceritanya mirip mythology Greek di mana nabi Muhamad di katakan menaiki buraq (kuda terbang Hercules) untok berjumpa dengan Allah di langit ke7 (tempat tinggal Zeus Tuhan Greek)
2) Allah di katakan telah salah rancang solat hiungga 50 solat sehari, ini tidak logik. Allah Mahabijaksana dan tidak terdapat salah rancang solat hingga 50 solat sehari dan kemudian flip flop kapada 5 solat sehari. INI SATU PENGHINAAN KAPADA ALLAH.
3) Solat 5 waktu dari hadis Israk mikraj ini bercangah dengan firman Allah untok bersolat pada 3 waktu sahaja.rujuk Q11:114.
4) Solat Zuhur dan solat Asar tidak di sebut dalam quran dan ianya di senyapkan berlawanan /  bercangah dengan Q17:110.
=================================================================
4) Pejuang Sunyi kata :
Ok, mari kta lihat argument FLIP FLOP ini:
Persoalan : Adakah terdapat hukum hakam di dalam Al quran yang diubah, di tambah, di mansuh oleh Allah swt? Kalau ya, bukankah Al Quran sendiri menyatakan bahawa Allah flip flop (pinjam kata2 golongan anti hadis) dalam Al quran? Adakah mereka menghina Allah sebab FLIP FLOP dalam ayat-ayat Al Quran?

Pak Yeh jawab :
Kita tidak soalkan Quran. Tidak ada bukti Allah salah rancang atau hukum sesuatu di dalam kitab2nya.Hukum nya yang berlainan adalah kerana ia untok umat yang lain.Dan tidak ada bukti Allah flip flop selepas di nasihati nabi.
================================================================
5) Pejuang Sunyi kata :
 Mari kita lihat:
Allah berfirman:
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( 2: 106)
Allah swt nak bagitau Golongan anti hadis nie : Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? Tidakkah orang golongan anti hadis tahu Allah boleh melakukan apa sahaja?
Seterusnya Allah berfirman:
Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, – berkatalah mereka (yang kafir): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta”; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. (16:101)


Inilah Golongan anti hadis. Mereka seperti yang Allah sebut dalam ayat ini sebagai menghinakan nabi pendusta sebab Allah flip flop dalam hukum. Dalam bible sebut hukum lain (contohnya dalam zina hukumnya rejam tetapi dalam al Quran sebut kena sebatan) walhal Allah menyebut “Allah memang mengetahui akan apa yang Dia turunkan. Nie Allah dah bagitau bahawa DIAlah yang lebih mengetahui. Bukannya golongan anti hadis ini.
Bukankah malaikat yang telah lama hidup pernah mempersoalkankan hukum dan ketentuan Allah seraya berkata:
“Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”.” (Al Baqarah:30)
Kemudian Allah swt menjawab:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Kemudian dalam ayat 33 Allah berfirman:
“Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.
Golongan anti hadis ini sekadar memperlecehkan perkhabara nabi muhammad saw sepertimana orang kafir quraisyh dahulu. Mereka pun mula mendatakan cerita dan kisah-kisah kononnya Allah flip flop dalam HukumNya sedangkan Allah itu sendiri mampu melakukan apa sahaja.
Mengapa Allah mengubah hukum solat?
Inilah dia hikmah kebesaran Allah swt. Allah tahu bahawa cukup sebenarnya solat itu 5 waktu untuk umat nabi Muhammad. Tetapi, Allah memberi beberapa pengajaran di sini. DI antaranya ialah Rahmat Allah kepada kita tentang betapa Allah itu sayangkan kita. Kedua, sifat nabi saw yang kasihkan umatnya. Mahu Umatnya tidak berasa susah dan banyak lagi hikmat yang tidak perlu disebutkan di sini.
Jadi kesimpulannya, adakah golongan anti hadis berani mempertikaikan Allah yang “flip-flop” dalam menentukan hukum? Bukankah itu hak Allah dan mempertikaikannya hukumnya kufur dan boleh menjadi kafir.
Saya ingatkan mereka agar jgn mempersoalkan hak Allah untuk mengubah hukum sepertimana orang kafir dahulu mempertikaikan nabi Muhammad saw:
Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, – berkatalah mereka (yang kafir): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta”; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. (16:101)
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”. (13:39)

Pak Yeh jawab: 
Bukti2 Quran yang di sertakan tidak membuktikan bahawa Allah flip flop dalam perundangannya. Lain kitab lain hukumnya, untok umat yang berlainan.
 =============================
Konklusi : HANYA HADIS MENGHINA ALLAH, MENYESATKAN MUSLIM DAN MENTERTWAKAN ISLAM DENGAN BERKATA "ALLAH SALAH RANCAN SOLAT HINGGA 50 SOLAT SEHARI DAN FLIP FLOP KAPADA 5 SEHARI SETELAH DI NASIHATI NABI MUHAMAD". MAKA HADIS ISRAK MIKRAJ INI ADALAH "LAHWAL HADIS" ATAUPON "HADIS DUSTA".

No comments: