Showing posts with label perkenalan. Show all posts
Showing posts with label perkenalan. Show all posts

Tuesday, May 27, 2008

Salam Perkenalan

Salam kepada semua,

Berpandukan AlQuran 39:18 "Dengari semua pendapat, dan pilih yang terbaik.Mereka adalah urang2 yang di beri pertunjuk dan bijak." Adalah tanggung jawab kita untok pegang dan amal apa yang Allah berfirman.Jika dengari media perdana,dan propoganda kerajaan sahaja, manusia tidak akan di beri pertunjjuk dan menjadi bijak.Kita perlu membahas sesuatu perkara itu macam Plato dan Socrates, barulah kita boleh guna nasihat Allah di atas dengan terbaik dan mendapat manfaatnya. Pendek kata saya mengajak semua orang berbahas sesuatu perkara itu secara intellektual, dan bukan terima sahaja sesuatu perkara itu macam orang yang tidak mahu pakai otak nya.
Pandangan2 sesiapapun perlu di bahas dulu sebelum ia nya dapat di iktiraf sebagai pandangan yang terbaik.Malang nya di Parlimen Malaysia sesuatu pandangan dari Perdana Menteri, contohnya kenaikkan minyak, tidak di bahaskan sebelum minyak di naikkan. Maka parlimen dan orang Islam di parlimen di lihat tidak mengamalkan AlQuran 39:18

Tujuan blog ini adalah untuk saya bersuara dalam segala perkara terutama dalam hal2 politik, agama, ekonomi, pendidikan dan segala2nya berkaitan dengan masyarakat kita. Saya berharap sesiapa yang membaca blog ini, sudilah memberi komen (yang membina) dan juga kritikan (yang membina). Tulisan yang disiarkan di blog ini merupakan "pandangan peribadi" begitu juga dengan komen2 pembaca. Tidak semestinya bersetuju / tidak bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan. Apa yang disiarkan dalam blog ini adalah untuk memberikan ruang kepada kita semua menyuarakan pendapat masing2,mengamalkan AlQuran 39:18,dan seterusnya menjalin persahabatan. Terima kasih.