Tuesday, May 27, 2008

Salam Perkenalan

Salam kepada semua,

Berpandukan AlQuran 39:18 "Dengari semua pendapat, dan pilih yang terbaik.Mereka adalah urang2 yang di beri pertunjuk dan bijak." Adalah tanggung jawab kita untok pegang dan amal apa yang Allah berfirman.Jika dengari media perdana,dan propoganda kerajaan sahaja, manusia tidak akan di beri pertunjjuk dan menjadi bijak.Kita perlu membahas sesuatu perkara itu macam Plato dan Socrates, barulah kita boleh guna nasihat Allah di atas dengan terbaik dan mendapat manfaatnya. Pendek kata saya mengajak semua orang berbahas sesuatu perkara itu secara intellektual, dan bukan terima sahaja sesuatu perkara itu macam orang yang tidak mahu pakai otak nya.
Pandangan2 sesiapapun perlu di bahas dulu sebelum ia nya dapat di iktiraf sebagai pandangan yang terbaik.Malang nya di Parlimen Malaysia sesuatu pandangan dari Perdana Menteri, contohnya kenaikkan minyak, tidak di bahaskan sebelum minyak di naikkan. Maka parlimen dan orang Islam di parlimen di lihat tidak mengamalkan AlQuran 39:18

Tujuan blog ini adalah untuk saya bersuara dalam segala perkara terutama dalam hal2 politik, agama, ekonomi, pendidikan dan segala2nya berkaitan dengan masyarakat kita. Saya berharap sesiapa yang membaca blog ini, sudilah memberi komen (yang membina) dan juga kritikan (yang membina). Tulisan yang disiarkan di blog ini merupakan "pandangan peribadi" begitu juga dengan komen2 pembaca. Tidak semestinya bersetuju / tidak bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan. Apa yang disiarkan dalam blog ini adalah untuk memberikan ruang kepada kita semua menyuarakan pendapat masing2,mengamalkan AlQuran 39:18,dan seterusnya menjalin persahabatan. Terima kasih.

10 comments:

limau said...

Sejahtera^^....selamat berkenalan... gembira bertemu dengan blog anda. Saya lebih suka perbincangan yang sihat berbanding berbahas atau debat. Soalan yang berlegar2 dalam kepala saya mutakhir ini kesahihan Al Quran itu sendiri? Sebab saya belum jumpa lagi artikel yang menyatakan atau kajian sejarah membuktikan Al Quran yang ada pada tatapn umat islam hari ini sama versinya dengan Al Quran yang dituturkan oleh utusan Tuhan yang terakhir. Harap dapat dibincangkan. Ada link lagi bagus boleh bagi pautan tu pada email saya rimau@myway.com

pak yeh said...

Salam Limau,
Perkara yang anda sebut telah di bahas oleh kaum Mutazilah, ia itu "Sama ada Quran itu ciptaan manusia atau ciptaan Tuhan."
Jawabnya ialah ciptaan manusia, selagi manusia menulisnya.
Ini kerana Malaikat Jibrael di kaitkan sebagai utusan tuhan, dan selagi kita tidak nampak Jibrael, maka kita tidak di paksa beriman dengan nya. Fahaman falsafah Islam bersumberkan Quran sahaja bergantung pada Quran 2:256 "Tiada paksaan di dalm deen/agama."
Ini menjadikan Islam Quran sahaja, agama yang sangat liberal berbanding dengan Islam hadis yang menhalakan paksaan di dalam deen/agama.
Badi orang Sufi dan Falsafah, Quran it hanya guideline/garis pandu yang sangat lengkap.

Limau said...

Cantik jawaban ^^....
Jadinya siapa yang cipta siapa???
Tuhan cipta manusia atau
Tuhan dicipta oleh manusia???

pak yeh said...

Limau said...
Cantik jawaban ^^....
Jadinya siapa yang cipta siapa???
Tuhan cipta manusia atau
Tuhan dicipta oleh manusia???

Pak Yeh jawab.
!) Tuhan mencipta manusia itu adalah haq/kebenaran yang berlandaskan wahyu2 tuhan melalui nabi2nya.
2)Manusia mencipta tuhan itu adalah 2.1)kufur/kepalsuan
2,2) haq/kebenaran.
2.2.1)Jesus (bukan nabi Isa)adalah tuhan yang di cipta oleh mythology Greek.
2.2.2)Bukhari Muslim adalah tuhan yang di cipta untok kontradik dan hima Allah/Quran dan untok menyesatkan Muslim.Rujuk Quran 31:6.

limau said...

^^...
Kata mereka Nabi terima wahyu guna untuk sendiri Rasul terima wahyu guna sendiri dan sampaikan kepada manusia.

Saya melihat atas permukaan bumi ini, negara Jepun dan Cina tidak ada pula sejarah mereka mengatakan Nabi atau Rasul itu wujud. Asia barat boleh ada. Apa pandangan anda??

pak yeh said...

Saya yakin ada nabi di turunkan kapada semu bangsa.
Buktinya "percaya kapada kitab". Adakah kitab Hindu itu kitaallah.???
Saya berpendapat ianya kitab Allh juga jika terdapat konsep satu tuhan.
Saya berpendapat ianya kitab nabi jika ia nya mengajar kebaikan, seperti Confucious dan Lau Tzu.

limau said...

^^
Confucius once said that "By three methods we may learn wisdom: First, by reflection, which is noblest; Second, by imitation, which is easiest; and third by experience, which is the bitterest."

link dari http://www.wikihow.com/Be-Wise

'The other major methods from the East are called Jnana Yoga,
Raja or Kriya Yoga, Bhakti Yoga and Karma Yoga. The path that is best for you is the one that you like best.' m/s 42 daripada buku bertajuk Happiness Is Free, and It's Easier Than You Think!

pak yeh said...

Segala yang baik dari nabi dan Allah. Segala yang burok dari anti-nabi dan syaitan. Akal dan garispandu dari buku2 nabi menjadi panduan.
Anda ada baca falsafah Tao.? Ia sangat logik dan saintifik.

limau said...

Tao?!...^^... ade.... membesar dengan filem2 kung fu cina pulak tu. Bagusnya hari ini ada laman web. Macam2 maklumat. Maklumat dalam bentuk tulisan dan video. Cumanya ketika saya menaip komen ini saya dapati hati saya lebih tertarik dengan falasafah Tao berbanding dengan falsafah ketuhanan ahlul sunnah waljamaah. Saya akui buat masa ini tak dapat nak menerangkannya dari segi ape.....﴾͡๏̯͡๏﴿...

pak yeh said...

Application of Tao philosophy to religion is as per...
http://warongpakyeh.blogspot.com/2008/11/hardying-and-softyang-of-islamic-law.html