Manusia dan Melayu terutamanya suka sangat meremeh temehkan apa sahaja. Remeh temeh dalam bahasa Cina adalah "cin cai". Dan sifat "cin cai" ini telah mewarnai orang Melayu specifiknya dan orang Islam amnya.
Dari segi apa sahaja pun kita tidak amalkan kesungguhan seperti pepatah Melayu "Kalau memegang bara biar sampai jadi abu", "Alang2 menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Kita cuma amal "remeh temeh" dan "cin cai" sahaja dalam semua perkerjaan kita.
Justeru itu Melayu/Muslim ketinggallan dalam segala macam falsafah,industry dan ekonomi.Kita tidak punyai quality dalam semua kerja kita dan oleh kerana itu kita ketinggalan dalam segala macam arena.Taraf Melayu/Muslim zaman sekarang adalah ibara lembu kena cuck hidung yang di pimpin dan tidak memimpin.
Rencana ini tidak akan beletir berlanjutan, tetapi bertujuan untok menegur bangsa dan umat Islam agar bersungguh2 dalam apa sahaja perjuangan, perkerjaan dan matlamat hidup. Kita ingin membawa kembali kecermelangan Melayu dan Muslim di masa dulu dengan sedikit tulisan kritikan konstruktiv dan lagu2 dan nasihat dari penyanyi2 kita yang mempunyai message yang sama tetapi tidak di fahami dan tidak di ambil peduli oleh masyarakat kita.
Dengari lah nasihat Pak Pandir dengan lagu nya .. Remeh Temeh ..
No comments:
Post a Comment