Monday, March 16, 2009

Unity Gomen.Jangan Halalalkan yang haram.!

Ulama di masa kini suka sangat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Mereka berlagak macam Tuhan pula. Mengharam dan menghalalkan sesuatu itu cuma hak Tuhan.Ia nya bukan hak manusia.
Waima kerana institusi Ulamak itu di agung2kan maka kita terpaksa mendengar macam2 "shit" yang keluar dari mulut mereka, seperti sure heboh haram,yoga haram,duit kertas halal,Bank riba halal dan sebagainya.
Masa kini kita pula di kaburkan Islam kita oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang berkata Pak Lah patut teruskan jadi Perdana Menteri dan adakan unity government pula.
Dulu dia kata UMNO yang tak adakan hukum Islam adalah kafir. Sekarang dia pula nak join dengan orang yang dia kafirkan pula. Eloklah tu ! Presiden PAS flip flop menyokong Presiden UMNO flip flop.
Apa punya rubbish kah yang ko cakap ni Hadi ??? Rubbish yang orang nak buang, awak nak simpan pula !!!

Ya Abdul Hadi dan pengikut2nya, Sila jawab soalan2 ini.
1) Adakah kita patut sokong orang yang telah berjanji hendak hapuskan korupsi tetapi di lihat korupsi dan melindung orang2 yang korupsi ???
2) Adakah kita perlu sokong orang yang menjahanamkan mahkamah dengan melindung pembunoh Altantuya dan Kugan ???
3) Adakah kita perlu sokong orang yang main politik liwat dan politik rampas kuasa di Perak ??? 4) Adakah kita perlu sokong mereka yang bobrok menaikan harga minyak tanpa alasan yang baik, yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan lain, yang kini maseh tidak turun, walaupun harga minyak sudah turun.???
5)Adakah kita perlu sokong mereka yang telah hancurkan dan akan hancurkan lagi Negara kita tercinta ini ???
6) Apakah Tuan(heh,heh feudalist pula aku) Guru mahu kafirkan lagi Islam kami ???

Karpal Singh dan Lim Kit Siang di lihat lebeh Islam dari orang2 UMNO yang merompak duit rakyat. Kita patut berunity atas dasar orang yang tidak kira Muslim atau nonMuslim yang amal maaruf nahi mungkar dan bukan atas dasar orang yang nama saja Islam tapi tidak Islam.

Dunia ini palsu ! Manusia berdusta ! Jangan tersilap teka ! Sila dengar musik dan baca "Falsafah P.Ramlee" di posting yang lepas.

Waima dari sudut lain, vote of no confidence pada yang bakal jadi P.M. itu adalah jalan yang ada untok pastikan orang yang di lihat/percieved korupsi dan pembunoh tidak di junjung jadi P.M.

Dari sudut yang lain pula dan dari segi moral, Karpal Singh adalah Sheikh,dan lampu pencerah / lighthouse kita, apabila beliau berkata dia tidak akan terlibat dalam politik lompat katak.
Unity Gomen yang di katakan bertuankan Pak Lah tidak ada bezanya dengan politik lompat katak di Perak.

Jika di lihat prestasi Abdul hadi,ia nya sungguh lemah.Dia memerintah Trengganu cuma satu penggal sahaja. Dia tudoh orang UMNO kafir kerana tidak amal hukum Islam.Dia juga tuduh LKS, KS dan DAP expired medicine.Dia suroh Pak Lah sambung jadi PM.Dia syorkan Unity Gomen di bawah Pak Lah selepas keputusan muktamar PAS menhalang daripadanya.
Abdul Hadi di lihat macam si luncai yang akan tenggelam bersama labu2(pengikut)nya atau dalam bahasa Inggeris..'A bunggling fool".

Apa daa Tok Nik !!! Kasi get out sahaja tukang kemudi yang tidak dengar instruction dari "nakhoda dan anak2 kapal"/muktamar PAS.


Madah Pak Yeh : "Jika Bengali murtad (tidak berserban) lebeh bermoral dari Ulamak/Tuan Guru Melayu Islam yang berserban, maka itu tanda2 dunia nak kiamat."

Baca lagi tanda2 dunia nak kiamat...rencana "Falsafah P.Ramlee" ,,,posting saya yang lepas di blog ini..


Peace/Islam , untok semua.

1 comment:

Anonymous said...

Pak Yeh,

I like your writings/thoughts, do visit my site Gempamelayu.com...traditional values orang Melayu asalnya ...satu bangsa yang harmoni pada tiga perkara..I) dengan penciptanya II) dengan alam semulajadi/nature III)orang sekeliling - Tuhfat Al Nafis.