Wednesday, April 22, 2009

Anda Tempah Tiket Ka Neraka,!

1)Anda telah tempah tiket ka Neraka,
Bila melantik perompak jadi Menteri,
Lesen Menteri di guna untok mencuri,
Tak nampak kah apa yang terjadi?

Pilihlah pemimpin yang amanah,
Tersalah pilih mengundang parah,
Negara kita akan menjadi barah,
Kapada pencuri harta di serah?

2)Anda telah tempah tiket ka Neraka,
Jika menzalimi rakyat dengan ISA,
Sedition Act juga di gunai,
Mahkamah pun boleh di beli.

ISA itu undang undang palsu,
Buatan British di masa dulu,
Untok elak rakyat memberontak,
Supaya British senang merompak.

3)Anda telah tempah tiket ka neraka,
Bila duit rakyat di rompak,
Harta negara di swastakan,
Menteri dan kroni di kayakan.

Lihat MAS di jual pada kroni,
Tiket terbang naik berkali kali,
Begitu juga jalan, Toll dan titi,
Jika buat sendiri Toll tak naik tinggi.

4)Anda telah tempah tiket ka Neraka,
Bila nilai matawang jatuh mengila,
Kerana tamak, boros dan korupsi,
Gila mahligai Putra Jaya, KLCC.

Soros masuk duit berbillion banyak,
Tergodalah Mamak kerana tamak,
Soros keluar duit berkali ganda,
Mammak tertipu Malaysia jadi papa.

5)Mamak telah tempah tiket ka neraka,
Berlaku zalim bermacam cara,
Bunoh,Fitnah,Sodomi dan korupsi,
Mahkamah dan Polis habis di beli.

Pilihan Mamak semua tak jadi,
Malaysia di katakan makin korupsi,
Jangan lah Mamak berpolitik lagi,
Nanti Malaysia akan jadi Zimbabwi.

2 comments:

moloyue said...

umno tidak akan hapuskan ISA. dia akan kaji dan mungkin ubah sikit sana sini untuk mengabui mata rakyat. ISA adalah senjata terakhir UMNO. Sejarah telah buktikan berapa kerap ISA digunakan untuk kepentingan politik pemimpin UMNO tertentu dan juga UMNO sendiri. Dalam konteks UMNO yg semakin terdesak mereka tidak akan membuang senjata terakhir ini!!! percayalah.

pak yeh said...

Setuju dengan Moloyue.
Sebab itulah kita terpaksa dan di paksa oleh UMNO sendiri untok mengulingkan kerajaan UMNO/BN.
Kerajaan UMNO/BN telah jadi Kerajaan Syaitan.