Saturday, June 20, 2009

Pimpinan Ulama : Tiada Institusi Ulama dalam Islam.

Posting ini adalah untok bahas bagi sesiapa yang pro atau con Pimpinan Ulama.

Cara original Islam di sebar di seluroh dunia adalah dengan cara pondok dan sufi.Cara ini tiada commercialism(jual beli) ilmu Islam.Malah Ustaz dulu mempunyai "cari makan" sendiri di sebalik kerja mendakwah Islam.Contoh yang paling baik adalah contoh Rasullah s.a.w. Beliau seorang peniaga dan pendakwah.Peniagaan nya punca rezekinya. Begitu juga pendakwah Arab yang sebarkan Islam kapada Nusantara.

Waima di zaman ini Ilmu Islam di jadikan bahan yang boleh di dagang/jual-beli.Processnya adalah seperti berikut :-
1)Kerajaan guna duit membena dan membiayai University.
2)Pensyarah jual ilmu Islam kapada penutut.
3)Penuntut beli ilmu Islam dari pensyarah.
4)Penuntut akan jual ilmu Islam kapada kerajaan setelah dapat ijazah.

Jual-beli agama/ilmu Islam di larang oleh Allah. Rujuk alQuran 2:41,2:79,2:29,3:77 dan 5:44 "Therefore, fear no man but fear Me,and do not barter(buy-sell) away my signs(AlQuran/Islam/Hadis/fatwa) for a miserable price."
Jika kita percaya pada ayat2 AlQuran tersebut kita perlu tolak Ulama Commercial dan Institusi Ulama Commercial. Kita cari dan bentuk Ulama Rasullulah yang tidak jual-beli ilmu Islamnya dan menpunyai mata pencarian lain dari jual-beli ilmu Islam.

Sekian. Moga Allah beri pertunjuk. Salam.

11 comments:

Hamba said...

Diiktiraf oleh kerajaan, dapat sijil dan dapat ijazah kemudian dapat pangkat, jadi mufti etc boleh di panggil ulama'? Dia orang ni yakin ke pangkat mufti, ijazah dan sijil tu Allah iktiraf? pastu makan gaji dgn kerajaan dan bila kerajaan buat kesalahan besar ( halalkan judi, arak) mufti2 ni senyap menikus, takut tak dapat gaji, tak dapat naik pangkat kalau tegur kerajaan... ni ke ulama? Kalau kita tengok sejarah islam, golongan ulama' islam sebenar langsung tak nak duduk dalam kerajaan atau bercampur gaul dgn khalifah atau pembesar2... sekarang ni golongan yg mengaku ulama' ni yg dok sibuk2 bergesel2 dgn PM, menteri2, berlumba2 nak pangkat dato', tan sri.... Nampak sangat tak betulnya! Diaorang ni belajar matapelajaran agama islam utk lulus periksa atau betul2 menuntut ilmu islam utk tambah keimanan? Rasanya takde satu peperiksaan pun yg boleh sukat tahap iman ni.... Dapat pangkat A dalam peperiksaan "Iman"? Mustagrammmm!

pak yeh said...

Heh,heh butul kata Hamba,
Kita kini ada duit palsu(kertas tak berharga),Democracy palsu(ada ISA),Pemimpin palsu(kaki kelingtong),Enjineer palsu(tak tau cipta,tau beli enjin aje),Islam palsu(agama Hadis) dan Ulama palsu(boleh jual-beli ijazah).
Dunia ini palsu !!! Manusia berdusta!!!
Bacalah rencana "Falsafah P.Ramlee", posting lama saya.

saya said...

assalamualaikum..

maaf, ni pendapat sy..bagi sy, seelokny kite perbetulkn dulu saudara2 Islam kita spy kmbali ke jalan yg lurus..kmbli amalkn Islam yg sbnr..ini bukan mesej kpd pak yeh. respect to pakyeh for the info. tp ni utk pembaca kalian. marilah kita sama2 kembali kan Islam. kita amalkan, kita cari kembali, kita kaji segala yg telah Rasulullah ajarkan dan terapkan dlm kehidupan harian kita. moga2 satu mse nnt bila kita sudah kuat dgn Islam, akan dtg dgn sndiriny seorang pemimpin yg adil dr klgn kita. Moga Allah permudahkan. Andaikata skrg mseny kita jatuhkan kerajaan sedia ada, maka, siapa yg layak memimpin kita smua kmbali kpd Islam? Tiada calon yg sesuai. Ya Allah, perkuatkanlah kami di jalan yang Engkau redhai ini ya Allah dan lahirkanlah dari kalangan kami pemimpin yang adil. Mudah2an kami sentiasa di kalangan orang yang diberi petunjuk. Maha Suci Allah. Amin.

pak yeh said...

Salam alaikum sdr saya,
Saya setuju dengan sdr "saya".
Kini masa nya untok "Re-education of Muslim".Tujuan mesej2 saya adalah "re-education of Muslims" untok mendapatkan mesej Islam yang original yang boleh di buktikan dengan ayat2 AlQuran.
Islam original/AlQuran telah di kaburkan oleh Islam agama Hadis yang di cipta oleh Ulama Hadis dan Ulama Pemerintah.
Perlembagaan AlQuran telah di pinda mengunakan Hadis dan Fatwa Ulama Commercial.Rujuk AlQuran 31:6 "Ada orang guna lahwal hadis(hadis olok2) untok menyesatkan orang lain dari jalan Allah(Islam),tanpa pegetahuan,dan mentertawakan nya(Jalan Allah/Islam)."
Salam.

Anonymous said...

Salam,
Saya setuju bahawa Islam tidak mengajar umatnya supaya membayar dengan jumlah yang sedikit ataupun banyak dalam memperjuangkan agama. Namun begitu kalau tak dibayar, tak ada pula orang yang nak mengajar agama. Mungkin sebab bayaranlah hari ini ajaran islam yang dibawa oleh umat kini terpesong jauh.

Mereka mengajar agama yang jauh terpesong dari ajaran Quran, kenapa? Kerana kalau ajarn yang sebenarnya diajar, mereka-mereka yang bergelar ulama ini tak dapat cari makan. Maka merempatlat ulama-ulama ini. Mereka ni bukannya rajin bekerja.

Tok Janggut

pak yeh said...

Tok janggut kata :
Mereka mengajar agama yang jauh terpesong dari ajaran Quran, kenapa? Kerana kalau ajarn yang sebenarnya diajar, mereka-mereka yang bergelar ulama ini tak dapat cari makan. Maka merempatlat ulama-ulama ini. Mereka ni bukannya rajin bekerja.

Pak Yeh kata:
Ya benar ! Kalau kerajaan tak bayar gaji mereka mereka mati.Jadi ikut sahaja apa kerajaan kata. Mereka telah di beli/di korupsi.
AlQuran fahman nya tidak di ajar oleh Ulama.Mereka suroh baca dalam bahasa Arab tanpa faham.Jadi bukan mereka nak pandaikan umat tapi membodohkan umat apabila mesej AlQuran tidak di fahami. Lepas tu mereka guna hadis yang kata masok neraka jika pakai otak untok tafsir AlQuran. Umat di bodohkan dua kali ganda dengan hadis.
Kenapa di buat begitu???. Kerana Ulama ingin monopoly agama dan Tuhan, supaya umat sentiasa memerlukan Ulama. Taktik ini mereka belajar dari Paderi Christian.

penulis said...

Salamunalaikum,
Masa kecik-kecik dulu, ustaz kata bahawa Islam tak dapat dipesongkan lagi kerana Quran memang tak boleh diubah lagi. Itu janji Allah.Agama lain semua tak betul sebab kitab-kitab mereka telah diubah oleh ulamak-ulamak mereka. Memang betul.

Tapi hari ini Islam juga sudah tak betul.Walaupun Quran tak leh diubah namun manusia(Ulamak) mengubah pemikiran umat Islam dengan menggunakan hadis yang mengarut. Tuhan kata kalau nak solat kena basuh muka, tangan, kepala dan kaki.Tapi ulamak hadis kata kena kumur, basuh muka, tangan, hidung, telinga, leher dan kaki. Maka ikutlah manusia yang lebai-lebai apa kata ulamak. Manusia yang jahil-jahil sahaja tak ikut apa kata ulamak.

Silalah ke bismillahhirrahmanirrahim.blogspot.com

pak yeh said...

Salam penulis,
Masa dulu kita di bodoh oleh Ulama.Apa sahaja Ulama kata kita ikut.Ulama kata baca Quran dalam Arab dan tak payah faham dalam bahasa Melayu...kita pun ikut juga.
Sebenarnya Ulama suka kita bodoh sebab dia dapat monopoly agama. Sama juga macam Kristian yang Biblenya dulu dalam bahasa Latin yang padri sahaja yang faham. Ini semua tanda2 mainan politik ahli agama agar agamawan di sanjung, di Rajakan dan di kelas ataskan selama2nya.

Anonymous said...

mungkin patut semua negara2 islam berbincang utk menegakkan sistem khalifah

setelah kewafatan baginda rasulullah, khalifah lah pewaris nabi yang sebenar

jika seluruh krisitan pelbagai mazhab bersatu dibawah pope john paul, mengapa kita semua muslim mengaku bersaudara tidak melakukan perkara sedemikian


HambaMu

pak yeh said...

Salam HambaMu,
Saya setuju dengan concept Kalifah. Tetapi concept ini perlu di halusi.Hadis telah hancurkan Islam original dan concept Kalifahnya.Raja2 di tabal sebagai Kalifah.Tapi pemerintahan Nabi Muhammad tiada kelas Raja dan hamba. Tanpa Raja2 sistem Republik dan Democratik menjadi ganti. Waima organisasi yang paling hampir dengan concept Kalifah adalah jemaah Sufi,Tabligh dan Arqam.Waima sebab mereka guna banyak lahwal Hadis maka ia tidak dapat berkembang dan akhirnya mati juga.

MuJaDiD said...

Islam tiada yang palsu jika hanya mengikuti yang HaQQ dari MahaPencipta
Masaalahnya ialah kita dipaksa mengikuti agama silam (SILAM) bukannya DinnulIslam yang diajar Rasul melalui AlQuran