Tuesday, June 29, 2010

Najib "Rakyat(kroni) di utamakan" mengkhianati rakyat dan ayahnya.

Jika ayah Najip,Tun Abdul Razak berkata rakyat di utamakan, kita akan percaya, kerana memang ada banyak contoh2 yang menguntongkan rakyat,
Tetapi bila Najib anak Tun Razak berkata rakyat di utamakan, kita terpingga dan bergaru kepaka dan bertanya,.. "rakyat mana ???"

Haqiqatnya adalah bahawa Najip anak Tun Razak ini telah mengkhianati rakyat dan perjuangan ayahnya sendiri.
Buktinya,

1) Duit Rakyat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak 5 billion ingin di beri ataupun telah di beri kapada syarikat kepunyaan kroninya bernama Valuecap.
Mengguna duit rakyat tanpa persetujuan rakyat, adalah mencuri namanya.
Jika duit rakyat di guna untok memajukan bisness rakyat dan mengkayakan rakyat, itu sangat2 di alu2kan. Tetapi mengguna duit KWSP untok bailout kroni dan anakberanak seperti yang di buat oleh Dr M dan sekarang ini di buat oleh Najib adalah korupsi yang sunggoh keji.

2)Kerajaan kehendak rakyat di negeri Perak telah di gulingkan dengan cara korupsi.Perlembagaan negeri Perak telah di cabuli apabila Sultan di suroh jatuhkan kerajaan lantikan rakyat, dan di ganti dengan kerajaan BN yang tidak mempunyai majority.Dosa Najib di sini adalah membunoh Democracy/kerajaan rakyat di negeri Perak.

3)Pekerja2 bergaji kecil maseh di zalimi apabila gaji minima tidak di perlembagakan.
Ini bermaana Majikan boleh menawar gaji yang sangat2 kecil hingga pekerja2 di lihat lebeh aib dari hamba abdi.Haba abdi dahulukala cukup makan, pakaian dan tempat tinggal.Pekerja bergaji kecil RM300 umpamanya tidak cukup makan, pakaian dan sudah tentu tidak cukup untok bayar bertempat tinggal.
Pekerja2 semacam jatoh di timpa tangga ,apabila gaji yang kecil(RM300) menjadi RM100 apabila inflasi dan jatuhnya nilai duit berlaku.
Keadaan pekerja2 bergaji kecil ini di tambah seksanya apabila kerajaan luluskan pekerja2 asing(Indonesia,Bangladesh,Thailand,Myanmar dlln)berkerja di Malaysia. Ini menyebabkan gaji minima jatoh dan pekerjaan untok rakyat Malaysia lebeh tipis.

4)Pengswastaan harta negara kapada kroni2, seperti Petronas,MAS, Toll,kayu balak,ladang kelapa sawit,ayer,letrik,beras,gula dlln telah memperkayakan kruni dan pemerintah sahaja,Akibat pengswastaan yang Kapitalis dan tamak, rakyat makin miskin kerana di cukai oleh kroni ini dengan terok sekali.

Konklusi Najip dan kerajaan Barisan National cuma utamakan rakyat kroni sahaja.
Rakyat yang bergaji kecil di perhambakan dan di zalimi.

Oleh itu marilah kita Revolusi dan hancurkan pemerintah yang telah zalimi kita!!!
Ayoh ! Jangan lengah lagi. berjuanglah untok kemerdekaan dari penjajahan UMNO/BN.!!!

2 comments:

sgray said...

Salam Pak Yeh,

ActuallY Politik is not my interest tapi bila mambaca artkel ini saya rasa kita terlalu cepat membuat andaian [boleh jadi Pak Yeh ada sebab tersendiri].

Perkembangan politik tanahair dengan semangat revolusi memertabatkan doktrin Islam oleh Pak Yeh saya kira masih jauh ... Selagi politik berwadahkan dan berbudayakan corak barat yang disembahkan oleh politikus2 tanahair termasuk PAS sendiri.Ideologi barat dalam berpolitik terus dikembangkan dengan mengambil kelemahan umat sebagai batu loncatan.

Lihat keliling Pak Yeh dimana terdapatnya negara Islam yang di war2kan.Selagi berpaksi kepada orientalis dan PBB..malah OIC yang sepatutnya mempertahankan pun juga menurut telunjuk mereka...

kita harus perhatikan dengan cermat apa dia negara islam dan bagaimana corak yang di contohkan Nabi sehingga penerimaannya begitu meluas.Tunduk hanya dengan hukum Allah , apakah ada lagi pemerintah didunia masa ini bersikap demikian..

Lihat sahaja lapuran akhbar hari ini..."Zulkifli Noordin Exposes Tactics To Topple BN" & "We lied to advance cause", says ex-PKR man" NEWS WITHOUT BORDERS .
Apakah ini budaya dan cara Islam yang dihajati.

Apa dia pemerintah Islam yang gah di abad lampaU.Sejarah pemerintahan Islam lalu harus di pelajari bukan di banggakan...kalau sekadar pada nama sahaja penerapannya tiada.

Even Iran yang hebat tu pun merudum dengan barat..
For god sake orang2 Islam harus bijak menggunakan akal jangan nafsu.

Have a nice day

wallahu wa'lam

pak yeh said...

Salam sgray,
Kejayaan sesuatu bergantung kapada sejarah politik,Itu adalah ilmu zahiri.
Jika kita telah berbuat sesuatu cara zahiri, seperti cerita burung yang mengambi ayer dengan mulutnya untok musnahkan api. Allah akan beri pertolongan batin.
Negara Cina dan Vietnam berhadapan dengan musoh yang jauh lebeh gagah dari mereka. tetapi akhirnya. penjajah2 di musnahkan.
Sejarah telah buktikan bahawa niat yang suci itu adalah Islam. walaupun berbentok perjuangan Spartacus.Ghandi. ataupun Mao Tze Tung.
Cuma perjuangan Revolusi Islam ada kelebehan ekonomi Islam tanpa riba.
Cara kita dapatkannya berbeza tetapi niat yang xuci akan di berkatai dan di tolongi Allah.
Jadi berjuanglah. tidak semestinya negara Islam tetapi pemerintahan Islam untok gantikan pemerintahan kafir..