Friday, August 27, 2010

Merdekahahaha pt 4 : Rantai2 Perhambaan

Rantai2 Perhambaan.

MErdeKA,merdeka,.......
Suara rakyat makin sepi,
Merdeka tidak kedengaran lagi.
Kerana lapar setiap hari,
Kerana pagar yang makan padi.!!!

MErdeKA,merdeka,.......
Kenapa laungan tak menjadi.?
Benderapun tidak di kibari.?
Semangat kencang kemana pergi.?
Kerana rakyat di zalimi.!!!

MErdeKA,merdeka,.......
Tak terdaya nak laungkan lagi,
Duit palsu yang miskinkan rakyat.
Harga barangan yang sentiasa naik.
Mencengkam jiwa yang sengsara.!!!

MErdeKA,merdeka,.......
Rakyat takkan laungkan lagi,
Penjajahan berlaku lagi,
Rantai rantai hamba abdi,
Berbentok ISA,dan korupsi.!!!

MErdeKA,merdeka,.......
Merdeka hilang kemana entah,
Rakyat di perangi si pemerintah,!!!
Suara kebenaran di buat sampah.
Bathil dan korupsi amalan pemerintah.!!!

MErdeKa, merdeka,.......
Jangan sebut Merdeka,kami benci.
RM100 billion duit rakyat di curi,
Skandal sana,skandal sini,
Negara terkayapun jadi bankrapsi.

Revolusi, Revolusi,REVOLUSI.!!!
Laungan Merdeka perlu di ganti.
Perjuangan kemerdekaan bersambung lagi,!!!
Penjajah BN Kapitalis kasi mati.
Ekonomi Islam di tabal ganti.!!!

2 comments:

akupun said...

Merdeka...
di masa kini adalah menjadi bebas dari system perhambaan kapitalis, bebas dlm pemikiran dan tindakan, tidak terbelenggu penjajahan minda dan intelek, ini juga perlukan pejuang, dan dlm berjuang ada yang gugur, yang penting api obor perjuangan itu tidak terpadam, diwariskan dari generasi ke generasi, hatta sampai akhir segala zaman ini, jika masih belum selesai-perjuangan harus diteruskan.

Lawan tetap lawan!

pak yeh said...

Akupun kata:
yang penting api obor perjuangan itu tidak terpadam, diwariskan dari generasi ke generasi, hatta sampai akhir segala zaman ini, jika masih belum selesai-perjuangan harus diteruskan.

Ya benar akupun.
Musoh rakyat dari dulu sampai sekarang dan di masa hadapan adalah kaum Kapitalis, Penjajah yang tamak politik harta dan kuasa.

Hidup Revolusi Islam !!!