Monday, December 2, 2013

Bukti Ada MP Pakatan Rakyat Kaki Ponteng dan Khianat Rakyat.!!!

Ini bukti bahawa ada segelintir MP2 Pakatan Rakyat adalah kaki ponteng.!!!
Kalau bukan kaki ponteng, mungkin mereka sudah kena beli oleh UMNO/BN.!!!
 Jika semua MP Pakatan Rakyat hadhir bill tidak akan di luluskan kerana tidak ada 2/3 undi.!!! 

Rujuk...

 http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/10/alasan-alasan-mp-pakatan-rakyat-yang.html

Alasan-alasan sebab MP Pakatan Rakyat yang ponteng Dewan pada hari pengundian PCA  

Friday, October 4, 2013

Akhirnya Rang Undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan di Dewan Rakyat pada jam 12.50 tengah malam, selepas hampir lapan jam perbahasan, dengan 115 undi BN menyokong dan 66 undi Pakatan menentangnya.

Dan dalam pengundian itu sejumlah 23 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah didapati tidak berada di dalam Dewan, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Meskipun hakikatnya jika kesemua mereka hadir pada malam itu, undian tetap tidak akan menyebelahi Pakatan Rakyat kerana 89 undi masih kalah jika dibandingkan dengan 115 undi.

Ketidak hadiran mereka dipersoalkan oleh kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat kerana menurut mereka, mereka memilih Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat itu sebagai wakil mereka ke Parlimen.

Ini antara komen yang dikongsikan dalam laman Facebook aku..


Betul lah kalau semuo Yb pakatan hadir sekalipun, RUU PCA yg membolehkan penguasa menahan rkyt Msia tanpo bicaro selamo 2 tahun totap akan diluluskan jugak.  
Sbb Yb BN yg hadir seramai 115 org. Tapi kito nak tgk komitmen. Cakap musti serupa bikin. Dgn menjadi Yb, sbnrnya korang menikmati hidup mewah dgn segalo kemudahan yg dinikmati.  
Tetapi korang still ponteng sidang Parlimen. Mcm den ckp tadi, poie parlimen ni bermusim tak mcm budak2 poie sekolah setiap hari, mako para Yb ni sebona ey tidak mempunyai alasan utk tidak hadir ke persidangan Parlimen.  
Kau nak poie luar negeri itu kau punyo psl tapi apsal pilih pd hari persidangan parlimen sdg berlangsung?  
Nuar yg jadi ketuo pembangkang yg sepatutnya hadir time undian meluluskan RUU PCA pun ponteng sekali. Seorg ketuo sewajarnya menunjuk contoh kpd yg lain.  
Dan skrng rakyat benar-benar nak tahu lagi 22 namo Yb2 pakatan yg tersenarai dlm list ponteng pd malam tersebut. Korang tak menyesal ke undi diorg time pru-13 yg lalu?  
Besok paginya nuar dgn jobonya bg statement dio sudah tidak mahu menentang polisi zalim kjaan dgn demo jalanan. Kepalo abah kau!  
Tapi den tgk masih ramai yg menyokong nuar dlm hal ini. Kau dgn macai Umno serupo je beb.  
Kalau nuar ckp kito jgn bela kematian Altantuya sbb nak jago hati Najib pun korang masih angguk gak, den takkan heran.  
Nak heran apo sbb korang dah tak pakai kepalo otak korang sendiri. Kan elok korang dermakan otak korang kpd monyet-monyet yg mahu menjadi manusio kek Zoo Negara.  
Itu baru ngam brader! .. sepenuhnya silalah baca di SINI

Jadi tindakan ponteng itu sewajarnya tidak dilakukan dan ianya tidak boleh diterima sama sekali..

Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang ponteng itu, dipetik dari Malaysiakini..

..... Walaupun bukan perkara yang mengejutkan apabila pindaan kontroversi kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan di Dewan Rakyat, tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat dibidas selepas 23 daripada mereka tidak hadir ketika pengundian dijalankan. 
Ada yang menulis di Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati mengenainya perkara itu. 
Paling ketara di kalangan yang tidak hadir semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketiadaannya amat dirasai, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir untuk memastikan rang undang-undang itu diluluskan. 
Turut tidak hadir ialah anak perempuan Anwar - Nurul Izzah - yang juga MP Lembah Pantai; MP Pandan Rafizi Ramli, Karpal Singh dari DAP dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santigo. 
Anwar hari ini memberitahu pemberita bahawa beberapa MP, seperti Nurul dan Charles, telah ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Jepun berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa MP pergi menunaikan haji, termasuk Rafizi. 
"Beberapa orang kembali selepas menemui Pope. Selebihnya, saya rasa urusesia sedang menyemak mereka yang tidak hadir (dan) apa sebabnya. Tetapi saya fikir secara umumnya jika anda lihat... 90 peratus sudah ada," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.
Di Twitternya, Latheefa Koya dari PKR mempertahankan Pakatan Rakyat, dengan berkata, sama ada mereka hadir atau tidak, rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013 akan diluluskan juga. 
"(Adalah) kebudak-budakan untuk menegur MP PR (Pakatan) yang pergi mengerjakan haji - dan tidak hadir untuk (mengundi) rang undang-undang PCA. Fokus pada isu tersebut - jangan alih perhatian," katanya dalam tweet. 
Sementara itu Ketua Whip PKR Azmin Ali berkata, rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari itu dengan diberi notis yang singkat
Apa yang lebih penting, kata MP Gombak itu, ialah wakil rakyat pembangkang yang hadir telah berjuang habis-habisan menentang rang undang-undang tersebut. 
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS memberitahu Malaysiakini bahawa ahli parlimen berkenaan tidak menjangka perbahasan akan berlarutan hingga ke malam, jadi ramai yang mempunyai jadual lain untuk dipenuhi
Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di Aceh, Indonesia, atas jemputan rasmi manakala MP Shah Alam, Khalid Samad berada di Australia
Sementara itu, ketua whip DAP, Anthony Loke berkata, Karpal terpaksa meninggalkan Parlimen awal kerana dia kurang sihat, tetapi itu tidak bermakna beliau "tidak peduli". 
Katanya, mereka hanya dimaklumkan mengenai bacaan kedua sehari sebelumnya, ketika ada yang sudah berada di luar negara, tetapi berkata mereka yang tinggal, telah menunggu hingga melepasi tengah malam untuk menentang pindaan tersebut. 

Walau apapun alasan.. apa yang mereka perlu ingat ialah 'Rakyat Hire, Rakyat Fire!!'

No comments: