Kita baru saja cakap pasal klas struggle oleh "the haves" dengan "the have nots", yang kaya lawan yang miskin dan sebaliknya, megikut Karl Marx, "the other prophet of ekonomics and politics".
Tapi ada satu lagi klas struggle mengikut vokabulari P Ramli. Klas struggle ini ia lah antara golongan "ada klas" dan "no klas".
Melihat dari segi agama, persepsi adalah bahawa orang yang beragama "ada klas"...boleh masuk syurga dan orang yang tak beragama itu "no klas" dan tak boleh masuk syurga.Persepsi ini sama bagi orang2 Kristian, Islam dan agama2 lain. Sepatutnya orang yang "ada klas" ini jadi pemimpin. Tapi malangnya, rata2 golongan agama yang "ada klas" ini seolah2 tidak berkuasa membuat perobahan politik dan juga sosiology. Pemimpin2 di negara mereka makin rakus di lihat merompak duit rakyat dan hasil bumi negara."The haves" memiskinkan "the have nots" Agama dan agamawan di lihat tidak dapat meyelesaikan masaalah semasa ini. Sebab itu Karl Marx berkata "Agama adalah dadah bagi rakyat."Agamawan tak dapat ubah keadaan yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin. Karl Marx dan pengikut agama ekonominya berjaya selesaikan masaalah ekonomi Kapitalis yang mana orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin. Perjuangan Karl Marx mirip perjuangan Robin Hood, mengambil tanah dan harta dari orang kaya dan memberinya kapada yang miskin.Rakyat pun bergembira dengan keadaan politik dan ekonomi itu.
Tapi itu jalan Karl Marx dan Communism/Socialism.
Bagaimana pula dengan jalan orang Islam, jalan orang "ada klas", yang dapat masuk syurga ?Karl Marx dan pengikutnya tak dapat masuk syurga. Mereka "no klas". Tapi rakyat negara orang "no klas" ini sudah gulingkan Raja zalim mereka,sedangkan negara orang2 "ada klas" ini maseh di pimpin oleh pemimpin2 yang zalimi orang miskin. Negara2 orang "no klas" ini, contoh nya, Russia dan Cina di lihat makin maju dari segi sains dan teknology.
Bila agaknya orang "ada klas "/Muslim akan memerintah agak nya ? Kenapa agaknya mereka tercorot dari segi sains dan teknology? Kenapa Muslim sekarang tidak maju dan pintar macam Muslim2 dulu ? Di mana silapnya Muslim sekarang ini ?
Begitulah kita ini, maseh dengan klas2 kita.
Klas hari ini pun tamat setakat ni aje ya !
No comments:
Post a Comment