Tuesday, February 10, 2009

Derhaka pada Raja VS Derhaka pada Rakyat.

Negeri Perak sedang di landa "perang", di antara rakyat dan pemimpin/Raja.
Maka kembalilah semula juak2 Hang Tuah dan Hang Jebat serta falsafah hidup mereka.

Hang Tuah dengan falsafah perhambaan/pak turut/yesman kapada Raja tidak kira sama ada baik atau tidaknya seseorang Raja itu. Hang Tuah sentiasa hamba pada Raja, walaupun Raja tidak Islamik, menzalimi rakyat dan mengamal mungkar dan menahi maaruf. Princip Islam bisa di ketepikan oleh Raja. Raja adalah Tuhan pada Hang Tuah.Maka Raja di biarkan bermaharajalela oleh juak2 Hang Tuah.

Hang Jebat pula mempunyai princip undang2 sebagai "Tuhan". Raja yang baik akan di sembah, Raja yang zalim akan di sanggah.Jika undang2 di sangah oleh Raja maka Raja perlu di gulingkan dan di gantikan. Maka jika undang2 itu undang2 Islam juak2 Hang Jebat adalah memperjuangkan jalan Allah(Islam).Kita adalah hamba Allah.kita bukan hamba Sultan. Sultan tidak boleh di "sembah" jika kita seorang Muslim.Undang2 yang Islam perlu di sembah jika rakyat mahu hidup aman dan damai(Islam/peace).

Waima Raja2/pemimpin2 sentiasa mencanangkan kebaikan/keluhuran Hang Tuah,dan menghina Hang Jebat demi untok kekalkan pemerintahan merekaa. Undang-undang di buat supaya sesiapa yang "Derhaka" kapada Sultan akan di hukum bunuh pada zaman dulu. Pada zaman ini hukuman bunoh di gantikan dengan I.S.A. yang mungkin berakhir dengan "kematian" juga (seksaan, jatuh sakit dan mati dalam penjara, mati selepas di bebaskan, dibuang negeri, dsbnya).

Tetapi hakikatnya ia lah raja-raja tidak lagi memimpin dan tidak juga mereka menjadi Raja. Mereka telah di jadikan "Raja2 boneka" bila mereka mula menerima gaji dari British dulukala, dan dari UMNO (proxy British) apabila British merdekakan Malaysia. UMNO adalah proxy British sebab mereka di latih untok menerajui kerajaan menggantikan British. British pilih dan latih juak2 Hang Tuah/pak turut/yesman sahaja. Semua nya ini adalah untok kepentingan Company2 British dan Bank2 nya yang perlu wujud sebagai the invisibel hand yang pastikan keuntonggan kapada British masih kekal dan penjajahan maseh berlaku.

Maka Rakyat2 yang memerangi British semua nya di ISA, di bunuh dengan "Emergency Law " dan di halau dari Tanah Melayu.(Sila rujuk rencana saya "Heroes of Merdeka").

Jadi hakikatnya rakyat Malaysia masih belum merdeka, kerana hero-hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan mereka kesemuanya telah dihapuskan oleh British dan pengganti British, ia itu UMNO dan Alliance nya.
Hero-hero Merdeka yang British letakkan sebagai penganti adalah "pak turut/yesman/Hang Tuah/proxy" mereka. British teruskan ekonomi Kapitalis dan duit kertas dan deen(agama)British/Kapitalis di teruskan. Proxy British pertama adalah para Sultan2 Tanah Melayu yang di pujuk untuk menandatangan "Federal Constitution ", Proxy kedua adalah wakil-wakil daripada rakyat UMNO, walaupun ada wakil rakyat lain yang bersungguh memperjuangkan hak rakyat.

Di zaman moden di mana Raja telah menjadi pupus, saya ingin bertanya.
Apakah sebenarnya berlaku di Malaysia ?
Adakah kita derhaka kapada Raja atau derhaka kapada rakyat apabila kepentingan rakyat(keadilan/hak asasi rakyat) maseh di nafikan kapada rakyat oleh perlembagaan British/Malaysia dengan undang2 I.S.A,Sedition Act ?
Selagi adanya undang2 ini selagi itu pemimpin menderhaka kapada rakyat dan memerintah cara "Singapura di langgar todak.(rujuk recana saya "Pemerintahan Singapura di langgar todak"), dan selagi itu Democracy tulin dan Islam tulin tidak akan wujud.

No comments: