Madah Pak Yeh :
"Politik ala democracy adalah permaianan populariti cara undi"
"Untok menang politik, isu popular di ketengahkan, dan isu tidak popular di ketepikan/tangguhkan."
Rencana ini merupakan nasihat kapada kaum Ulama, khususnya Pimpinan Ulama PAS yang di lihat sentiasa timbulkan kontrovesi dengan isu2 kechilan. Ulama PAS di lhat bodoh politik apabila kerap kali ketengahkan isu2 kechil yang kontroversi, yang menjadikan Ulama dan parti PAS bahan tertawa dan juga parti yang sangat tidak popular.
Isu2 ini adalah
1) isu Nurul/"tiada paksaan dalam deen",
2) isu Unisex Salon dan
3) isu konsert Elton John.
Isu2 in menjadi kontroversi kerana fahaman umum oleh rakyat, bercangah dengan fahaman Ulama. Ini kerana umum guna Quran dan akal untok faham hukum Allah, sedangkan Ulama gunakan fahaman lahwal hadis ataupun fahama bersumber selain dari Quran.
1) Isu Tiada paksaan dalam deen/agama.
Kenayataan Nurul Izzah, bahawa Quran 2:256 "Tiada paksaan dalam deen" merujuk kapada Melayu dan semua bangsa di beri kebebasan beragama apa sekalipun, adalah terjemahan Qura 2:256 yang benar dan literal,dan di petik dari terjemahan Quran tanpa tafsir.
Kenataan jumhur Ulama PAS dan UMNO bahawa "Tiada paksaan dalam deen" bermaana... "Tiada paksaan untok semua deen/agama yang bukan Islam sahaja". dan "Tiada paksaan dalam deen Islam, cuma untok masuk Islam dan paksaan di kenakan supaya tidak keluar Islam" adalah tafsiran dan bukan terjemahan secara literal dari Quram. Tafsiran ini bersumberkan hadis dan ijma Ulama. Bermaana ianya bukan Quran dan kerana ia nya bukan Quran, ia nya bukan hukum Allah seperti firman Allah Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya". Ini bermaana hadis dan ijma Ulama yang melibatkan nabi,perawi hadis dan Ulama tidak boleh di jadikan hukum Allah.
Juga kita mesti beza 1) fahaman Quran sahaja, yang di bawa oleh Nurul Izzah dan 2) fahaman Quran bersama Hadis dan tafsiran/ijma Ulama yang di bawa oleh Ulama.
#1)Nyata fahaman Ulama adalah tafsir yang cuma optional bagi fahaman Quran.
Ianya optional kerana Allah melarang kegunaan lahwal hadis, Buktinya, rujuk Quran 31:6 "Ada orang(Ulama) guna lahwal hadis,untok sesatkan orang lain dari jalan Allah(Islam) tanpa pengetahuan,dan jadikan nya(jalan Allah/Islam) bahan tertawa.".
#2)Ini juga bermaana Hadis atau buku selain dari Quran tidak di galakkan kerana Allah telah namakan Quran ahsanal hadis Buktinya, rujuk Quran 39:23 "Allah
telah menurunkan ahsanal hadis iaitu Kitab Suci Al-Quran....."
#3)Jika Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya",di guna pakai, ini bermaana hadis nabi Muhammad s.aw, prawi hadis dan Ulama kesemuanya tidak boleh di gunakan sebagai hukum Allah.
Oleh kerana Allah kata tiada paksaan dalam deen/agama,tapi Ulama kata ada paksaan dalam agama Islam,maka Islam di lihat macam deen agama Mafia, yang boleh masuk tapi tak boleh keluar, yang bercangah dengan "human rights" dan "kebebasan beragama" dan bercangah juga denga fahaman literal Quran 2:256.
2),Isi Unisex Salon,
Ulama PAS telah jalankan hukum bahawa, haram bagi perempuan gunting ranbut lelaki dan haram bagi lelaki gunting rambut perempuan,tanpa bukti dari al Quran dan akal.
Hakikatnya Quran tiada memberi hukuman seperti itu. Jadi Ulama telah berihtihad menberi hukum sedemikian. Jadi hakikatnya hukum itu bukanlah hukum Allah, tapi hukum manusia/Ulama.
Mengguna akal juga mendapati bahawa Unisex salon itu tidak menjejas keimanan sesipapun. baik Muslim ataupun bukan Muslim. Unisex salon telah beropersi berpulo2 tahun, tanpa menjejas keimana Muslim dan bukan Muslim. Tiba2 Ulama kata ia menjejas iman/aqidah kita. Ini cuma buruk sangka Ulama sahaja. Ini juga melambangkan Ulama yang tak ada kerja,jadi membikin kerja.
Mungkin ia membuat orang2 PAS setim, tapi ia nya tidak masuk akal, kerana tiada kesalahan moral berlaku.
Haqiqatnya,ia menjadi kesalahan moral .cuma dengan kegunaan lahwal hadis yang menyesatkan dan mentertawakan Islam seperti yang Allah berfirman di Quran 31:6."Ada orang(Ulama) guna lahwal hadis untok sesatkan orang lain dari jalan Allah(Islam),tanpa pengetahuan, dan jadikan nya(jalan Allah/Islam) bahan tertawa.
3) Isu haramkan konsert Elton John.
Hukum ini juga berasaskan hukum lahwal hadis,hasil buruk sangka Ulama terhadap rakyat.
Allah tak haramkan konsert Elton John ataupun mana konsert. Nabi pun tak buat gitu, Tapi Ulama hegeh2 berlagak lebeh dari Allah dan nabi bila mereka haramkan konsert Rlton John, atas dasar buruk sangka, suka kepoh, dan jaga tepi kain orang lain dan perangai "tak ada kerja, buat kerja".
Mungkin sebab mereka haramkan konsert Elton John ialah kerana kata mereka Elton John seorang gay/pondan dan konsertnya akan tingkatkan penyakit gay/pondan nanti. Itu cuma buruk sangka mereka. Peminat2 Elton John adalah orang tua yang suka kapada misik dan lirik lagunya dan tiada kena mengena dengan gay lansung.
Kebanyakan gay dan bukan gay, di Malaysia tidak kenal dan tidak minat Elton John pun. Mereka menndengar lagu2 Melayu disco, joget, dangdut, poco2 dan sebagainya. Mereak mana faham skipping English Elton John tu. Jadi apa ke jadahnya Ulama nak haramkan konsert Elton John.??? Ini lah asek guna lahwal hadis,Quran tolak tepi, habeh semua sesat dan Islam di tertawakan, sebijik macam orang2 yang Allah sebut dalmam Quran 31:6.
Maka setelah membahas isu2 kecil yang di yang di besarkan (making a mountain out of a mole), dan berbalah dengan Muslim dan bukan Muslim, persoalannya ,adakah Ulama menuntongkan atau merugikan politik Islam dan Pakatan Rakyat.???
Tidak kah ini membuat orang benci pada PAS.???
Bukan Muslim dan Muslim sedang berang kerana hukum remeh temeh dan tak masuk akal di paksa keatas mereka, oleh Sang Ulamak,sedangkan Allah kata "Tida Paksaan dalam agama."
Jika isu yang kecil pun di pebesarkan dan di salah tafsirkan,isu yang tiada di ada2kan,oleh Ulama, bagaimana agaknya jika isu besar seperti murtad di perlembagakan.???
Adakah mereka akan salah tafsir hingga ramai yang tak murtad di bunoh.???
Kalau Hakim tersilap hukum bunoh kerana murtad bagaimana.???
Waima hukum bunoh permurtad memang tidak wujud di dalm Quran. hukum bunoh pemurtad adalah hukum lahwal hadis yang menyesatkan dan mentertawakan Islam.
Hukum bunuh murtad kontradik Quran dan mudurkan Islam dan merupakan penghalang orang2 kafir memeluk Islam.
Quran/Allah kata ada kebebasan beragama (Quran 2:256), tapi Ulama pusing jadi "ada paksaan dalam agama" supaya mereka senang bunoh dan takutkan rakyat. dan parti pembangkang. Nampaknya Ulama buat buku hadis untok kepentingan mereka. Ulama jenis ini merbahaya.
Kalu Ulama ini macam, tak payah Islamik State pun ok jugak. Kafir State pun lagi baik, kerana ada kebebasan beragama dan tak takut kena bunoh bila di hulkum murtad oleh Ulama gila.
Haqiqatnya Politik adalah ekonomi, dan Politik Islam adalah ekonomi Islam.
Di harap PAS tumpukan kapada ekonomi Islam.
Moga Allah berikan kita Islam Quran tanpa di korupsi buku2 lain.!!!
Satu Allah, Satu Kitab(Quran) dan Satu Ummah.!!!
Ayoh Revolusi Islam.!!!
11 comments:
Pak Yeh.
Mana ada Lahwan hadith.Yang ada hanya hadis sahih atau hadith palsu.
Sama ada you percaya kapada hadith atau tidak.
Saya nampak Pak Yeh tidak percaya kapada Hadith,kerana Kononnya Rasuallah melarang menulis hadith.Tapi Pak Yeh juga menolak tradisi Rasuallah malah menggangap RasuAllah sabagai manusia biasa,
Tak payah lah hendak berdepat pasal PAS kerana orang PAS merupakan ahli sunnah.Yang percaya kapada Quran dan Hadith.
Tuesday, July 14, 2009
the naked exhibitionist
SARKAS. itulah yg boleh saya cakapkan ttg isu2 yg dipolitikkan.
saya bimbang dgn fahaman PAS dan org2 agama amnya yg sgt membelenggu org. inikah org2 yg kita percayai utk laksanakan hudud? maaflah, sy x yakin org2 agama ni boleh melaksanakan hudud dgn adil, x kiralah dari parti BN atau pakatan. hukum syariah yg sedia ada pun dilaksana ikut sedap mak bapak dia je, inikan pula hukum hudud.
isu salun gunting rambut.kalau ulama PAS selalu 'menegang' di unisex salon, jgn lah pergi. org lain yg tidak punya sakit mental begitu, jgnlah dihalang utk dia grooming rambut di mana2 kedai yg dia suka. salon bkn mcm spa, kedai terbuka la. semua leh nampak kecuali ladies section.
elton john- x habis2 nak ban konsert dia. bukannya melayu bole ramai2 g sana pun. tiket mahal lah. dia nak romen sapa itu dia punya pasal. dia artis professional k.. xde dia nak promote lifestyle dia pun. ulama PAS patut diberi tiket konsert elton PERCUMA utk tgk dan dengar sendiri baru leh komplen macam2.
yg patut diperjuangkan ulama Islam ialah ketelusan pentadbiran negara, berjimat, adil etc bukan sibuk nak kawal moral org.
Wahai Ulama PAS.
Quran 2:256 "La ikra fi deen" bermaana Agama/deen tak boleh di paksa.
Maananya :
1)Nak masuk Islam boleh,nak keluar Islam boleh.
Yang Ulama kata masuk boleh keluar kena pancung tu bukan hukum Allah. Hukum Allah dari wahyu Allah.Rujuk nota saya #3)Jika Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya",di guna pakai, ini bermaana hadis nabi Muhammad s.aw, prawi hadis dan Ulama kesemuanya tidak boleh di gunakan sebagai hukum Allah.
Hukum pancung pemurtad adalah undang2 ISA orang Arab. Heh,heh,heh.
2)Nak pakai tudung boleh. Tak pakai tudung pun boleh.
Allah tak sebut hukum denda kalau tak pakai tudung. Hukum denda tu untok PAS buat duit korupsen Ha,ha,ha.
Harap Pimpina Ulama PAS baca Quran dalam bahasa yang di fahami, dan pakai otak untok kaji maananya.Jangan ikut membabi buta Ulama2 Hadis deen Arabism tu.
Anonymous said...
Pak Yeh.
Mana ada Lahwan hadith.Yang ada hanya hadis sahih atau hadith palsu.
Pak Yeh jawab :
1)Bukti Allah larang guna lahwal hadis adalah Quran 31:6 "Ada orang(Ulama) guna lahwal hadis,untok sesatkan orang lain dari jalan Allah(Islam) tanpa pengetahuan,dan jadikan nya(jalan Allah/Islam) bahan tertawa.".
2) Bukti hadis saheh adalah ahsanal hadis adalah Quran ia lah.
Quran 39:23 "Allah telah menurunkan ahsanal hadis iaitu Kitab Suci Al-Quran....."
Anonymous kata :
Saya nampak Pak Yeh tidak percaya kapada Hadith,kerana Kononnya Rasuallah melarang menulis hadith.
Pak Yeh jawab:
Ini memang benar. Ada hadis sebut dan sejarah selama 300 tahun Muslim tidak pakai hadis.Hadis di pakai bila Bukhari Muslim tulis 300 tahun selepas nabi wafat.
Anonymaus kata :
Tapi Pak Yeh juga menolak tradisi Rasuallah malah menggangap RasuAllah sabagai manusia biasa,
Pak Yeh jawab :
Tradisi Rasullullah yang di sebut dalam Quran sudah cukup untok kaum Muslim. Tak payak tokok lagi dengan cerita dongeng Israk Mikraj yang kata Allah flip flop rancang solat dari 50 kapada 5 solat sehari. Quran sebut solat cuma 3 kali sehari, tanpa tawar menawar dan flip flop oleh Allah.
Rasullullah manusia biasa tapi bertaraf tertinggi Dia bukan Tuhan yang mana kata2nya boleh di buat hukum. Buktinya Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya".
Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya".
Apa daa Anonymous. Kamu sudah kena tipu dengan Ulama Hadis Arabism lah.
Satu Allah dan satu Kitab daa.
Banyak kitab banyak mazhab.
Too many cook spoil the soup.
Telampau banyak tukang masak akan rosakkan masakkan.
Salam Annakholat
Pandangan ada ada klass.
Annakholat said..
yg patut diperjuangkan ulama Islam ialah ketelusan pentadbiran negara, berjimat, adil etc bukan sibuk nak kawal moral org.
Pak Yeh jawab :
Saya setuju. Polis Moral tu..takde kerja buat kerja. Patut pecat sahaja. Lagi baik mereka berkebun,lagi produktif.
Pak Yeh.
Apa ada kena mengena hadith dengan saloon porongb rambut.
Apa ada hubongan hadith dengan PAS.
Awak saorang yang tidak percaya kapada hadirh,bagaimana hendak berbincang soal hadith.
Anonymous said...
Pak Yeh.
Apa ada kena mengena hadith dengan saloon porongb rambut.
Apa ada hubongan hadith dengan PAS.
Pak Yeh jawab:
Bukan hadis,tapi lahwal hadis.Buktinya adalah Quran 31:6 "Ada orang(Ulama) guna lahwal hadis,untok sesatkan orang lain dari jalan Allah(Islam) tanpa pengetahuan,dan jadikan nya(jalan Allah/Islam) bahan tertawa.".
Lahwal hadis adalah kata2 Ulama termasuk Ulama Hadis dan Ulama PAS yang tidak boleh di jadikan hukum bersama/sekutu dengan wahyu Allah/Quran. Buktinya Quran 18:26"Dia tidak melantik sesiapapun sebagai sekutu dalam hukumnya"
Mengikut definasi Quran "ahsanal hadis"/hadis saheh adalah Quran.
Buktinya ia lah...
Quran 39:23 "Allah telah menurunkan ahsanal hadis iaitu Kitab Suci Al-Quran....."
Anonymous kata :
Awak saorang yang tidak percaya kapada hadirh,bagaimana hendak berbincang soal hadith.
Pak Yeh jawab :
Salah. Adakah Rasukkah guna hadisnya untok faham Quran dan hukum Allah.???
Rasullullah dan sahabat telah haramkan/ban/bakar hadis. Bukti sejarah, hadis tiada di gunakan dan tiada bukunya kerana semunya telah di bakar ,selama 300 tahun. Tapi Bukhari Muslim lah yang telah unban hadis, yang tiada lagi bukunya tetapi di ambil dari hearsay/khabar angin perawi2 yang tak siapa kenal.
Rujuk rencana http://warongpakyeh.blogspot.com/2012/09/the-ban-burn-of-hadis.html
Apa makna lahwal hadith..?
Lahwal hadis = kata2 atau kitab kata2 nabi yang olok2 / palsu.
Post a Comment